Sunday, June 19, 2016

Salam Ramadhan.

Saya ingin mengucapkan selamat mengusaikan puasa dan selamat menyambut
kehadiran Hari Raya 2016 ini.

Kemaafan dipinta sepanjang saya berada di hati semua. Inshaallah akan hadir dengan
lagu yang lebih menarik untuk semua.

Yang Benar,

Bahrain Rahman

Sunday, January 17, 2016

SELAMAT TAHUN BARU 2016

Salam 2016,

Tahun 2015 telah berlalu dengan pelbagai kenangan yang akan di kenang hingga ke akhir hayat.
Kau Aku Kita memberi sedikit semangat kepada saya dalam karier nyanyian saya. Dengan mengangkat lagu Kau Bagai Udara Dan Sayang Aku Rindu membuat hati ini rasa berbaloi dengan usaha selama ini. Syukur Ke hadrat Ilahi.

Tahun 2016 , diharapkan ianya lebih terang dan lebih bercahaya menyuluh jalan karier saya. Alhamdulillah dengan Kau Bagai Udara mula memasuki carta lagu popular menunjukkan satu kemajuan dalam bidang ini.


Terbaru mungkin akan ada lagu nyanyian saya di dua drama yang sedang menunggu. walaupun berat rasanya untuk mencari atau mendapatkan lagu yang baik dan komersil yang boleh mengangkat BAHRAIN RAHMAN lagi untuk tahun ini.

Apa pun semua saya serahkan ke ilahi dengan usaha inshaallah. Tunggu terbaru dari saya.....

AMIN

Monday, November 23, 2015

KAU BAGAI UDARA & SAYANG AKU RINDU


Alhamdulillah,

Dua buah lagu saya Kau Bagai Udara dan Sayang Aku Rindu mula mendapat tempat bila ianya menjadi lagu tema untuk Drama Bersiri Kau Aku Kita di TV3,

KAU BAGAI UDARA

Ramai yang mula menyedari akan lagu ini bila ianya bermain di Drama Kau Kau Aku Kita. Terimaksih atas komen yang diberikan, ramai yang berkata Video Klip Lagu tu tidak memuaskan. YA, Betul, saya akui, Saya membuat VC itu hanya untuk meletakkan lagu itu di Youtube. Janji Ada.Saya memang tiada perancangan untuk membuat KLIP yang baru. Cukup seadanya, yang penting lagu saya dapat menghiburkan anda semua.

Lagu Kau Bagai Udara mula dirakam kan sekitar Tahun 2009. Dan mula berlegar distesyen radio RTM seluruh Malaysia di Awal tahun 2010. Alhamdulillah penerimaan pada masa itu memuaskan sehingga menduduki Top 5 di kebanyakan Stesyen Radio RTM, kemudian lagu itu berkembang ke Brunei Darul Salam. THR gegar juga memainkan lagu ini dengan hebat juga di stesyen mereka. 

Dan Lagu Kau Bagai Udara membawa saya muncul LIVE di Kaca TV Singapore - dalam rancangan JUS dan juga muncul di media cetak di Singapore. Selepas itu lagu ini mula melabuh tirai mengakhiri perjuangan dalam saingan industri muzik.

 
SAYANG AKU RINDU 

Setelah drama bersiri Asmara Luna - dengan lagu saya Cinta Dan Airmata mula mendapat tempat pada tahun 2013, saya mula mendiamkan diri. Pada pemikiran saya, kalau nak muncul mesti dengan lagu yang sedap didengar. Setelah menunggu selama setahun akhirnya, apa yang saya hendak untuk lagu baru saya muncul, 2014, Lagu Sayang Aku Rindu ini mula dilakukan pembikinan nya. Dan selepas hari raya Aidil Fitri 2015 Lagu ini siap sepenuhnya. Dan Saya sangat berpuashati sepanjang pembikinan lagu ini.

Pada mulanya lagu ini bertajuk " Rindu Setengah Mati" akhirnya saya menukarkan tajuk nya kepada "Sayang Aku Rindu" untuk mengelakkan kekeliruan dengan lagu lain yang seakan sama tajuknya. ketika lagu ini belum lagi menjengah ke Stesyen Radio peminat KAU AKU KITA dapat mendengarnya terlebih dahulu.

Itulah serba sedikit sejarah lagu untuk drama "KAU AKU KITA". Kini siapa sangka (saya pun tak sangka) lagu yang dahulunya (5 tahun lepas) kembali disukai. Alhamdulillah. Peluang dari pihak JS Pictures banyak membantu mengembangkan kerjaya saya. Bagi saya cukup orang mengenali hasil kerja dan lagu BAHRAIN RAHMAN. Inshaallah saya kan terus berada di sini bersama lagu lagu saya seterusnya. 

 
BAHRAIN RAHMAN

Tuesday, January 13, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Selepas 15 hari baru sempat menjenguk blog ku ini untuk
menerapkan memori tahun baru. Untuk semua selamat tahun baru
2015. Akhirnya single terbaharu saya dalam proses terakhir untuk
di siarkan tahun ini. Tunggu terbaru : Rindu Setengah Mati.... Rindunyerr!

Thursday, October 9, 2014

KEMBALI!

Oleh kerana bebanan kerja yang melampau membuat ku meninggalkan
karier nyanyian ku bersendirian hampir setahun. Kemunculan kembali Asmara luna
di layar skrin LED menyedarkan aku semula akan karya ku yang tersimpan rapi
di laci laguku.

Inshaallah sebelum akhir tahun 2014 ini akan lahir sebuah lagu baru yang lebih 
memikat setelah puas menunggu sekian lama. Hingga kan gunung menjadi bukit hinggakan
laut menjadi tasik hinggakan matahari berkali meninjau sehingga bulan mula merindu.

Segala sudah berada di jaluran akhir untuk disiapkan ... tunggu kan single terbaru yang
akan menjengah semula membawa BAHRAIN RAHMAN semula ke persada ini.

Buat semua penggemar yang bagaikan rakan rakan ku, thanks support yang diberikan
TERIMA KASIH tak terhingga

Tuesday, October 8, 2013

PROJEK UNTUK SINGLE TERBAHARU

Alhamdulillah setelah setahun setengah cuba untuk mendapatkan sambungan kepada Cinta & Airmata dan Cahaya Kasih, akhirnya material yang diperlukan telah berada di tangan untuk ku realitikan menjadi satu keindahan bait bait indah juga. Mungkin belum jodoh ku untuk mengalunkan lagu sendiri tetapi material ini amat menarik perhatian ku . Sekali lagi akan berkerjesama dengan pencipta Cinta & Airmata.  Masih melankolik tetapi ianya akan berbeza dari segi susunan muzik. Insyaallah akan lahir single ini sebelum hilangnya 2013.

Thursday, September 5, 2013

CINTA & AIR MATA ASMARA LUNA


Alhamdulillah, Akhirnya penantian untuk menyaksikan single saya "cinta & airmata" menghiasi papan tv asmara luna tercapai, syukur sekali lagi kerana penerimaan hasil karya yang dibuat dengan teliti dan penuh kesabaran akhirnya berbaloi. kepada pengarah drama, bro jinggo thanks memberi kepercayaan ke atas lagu ini dan kepada pencipta lagu ini, yes !! you are the best!!! im just deliver as a singer ... buat cikgu siti hajar, tunjuk ajar , bebelan dan pujian cikgu membuat saya menghargai setiap ilmu yang diberi... walaupun saya rasa bagai masih di kaki gunung untuk mendaki banyak lapisan lagi untuk ke puncak... Insyaallah akan tampil dengan lebih produk yang bermutu & berkualiti.....!! thanks semua......bahrain