Tuesday, July 27, 2010

Kota Singa oh kota singa!!!!











Salam,



Kota singa memberi impak yang besar dalam karier aku sebagai seorang penyanyi. Tanggal 25 julai adalah kali keempat ku merentasi sempadan dari negara harimau ke kota singa. Kepuasan memang dapat aku nikmati ketika lagu ku "kau Bagai udara" di ingati oleh warga kota ini dari mereka yang kecil hingga ke pak cik yang menegur ku sebelum persembahan bermula. Sambutan apatah lagi, untuk aku yang hanya sehelai daun yang baru mula melebar dan menghijau. Kehadiran ku di kota singa sedikit sebanyak memberi aku keyakinan di mana ada usaha dan ruang, gunakan dengan sebaik mungkin kerna tidak semestinya kita harus berjaya di laman kita sendiri. Kekadang terasa aku lebih dihargai di ruang lain berbanding di kamar ku sendiri. Apa pun semua itu ketentuan yang esa untuk aku......



Keduanya, Kota singa telah mengeratkan siraturrahim ikatan kekeluargaan kami semula. Setelah sekian lama terpisah tanpa ke mengenali wajah-wajah sepupu sepupu ku yang berwarga negarakan kota singa, hubungan kembali terjalin apabila aku muncul di layar tv Singapura tempoh hari. Kini, kami semakin kerap berhubungan antara dua keluarga. Alhamdulillah dan syukur ku panjat buat mu ya allah. Tanpa ku sangka mereka masih menyimpan foto arwah ayah semasa masih di alam mudanya..... tak sangka ayahku lebih kacak dari ku,......al fatihah.....

Tuesday, July 20, 2010

Di Sebalik "Kau Bagai Udara"

"Kau bagai udara bagi ku, dirimu ku perlu, di dada sentiasa untuk bernafas mudah"
bait bait yang tertulis menggambarkan betapa perlunya aku untuk menempatkan
nama ku di daerah mereka yang mempunyai nama nama besar. Aku bersyukur kepada
ilahi yang memberikan aku ilham untu bekerjasama dengan seorang insan bernama
Neves.

"Kau bagai udara" mula ku dengari pada akhir tahun 2009, ianya dibuat khas atas permintaan
aku untuk mempunyai sebuah lagu yang mudah, ringkas dan menggoncang anggota badan
semua peminat atau bakal peminat ku. Dari hanya sekumpulan bunyi-bunyian dan irama ianya di suntik dengan lirik yang sebetulnya memang apa yang aku ingin zahirkan dengan seribu makna.

Kini, setelah hampir lima bulan "Kau bagai udara" berterbangan di ruang maya menyelinap
ke ruang gegendang pendengar, Hasilnya mula berguguran untuk ku kumpul dalam raga kekuatan aku. Ku bersyukur "kau bagai udara" memberi aku seberkas udara untuk aku bernafas kembali dan untuk ku berlari dan mendaki mendekati mereka yang berada di gunung kejayaan.

Aku masih kurang mengerti atau mungkin aku bukan insan yang berjenama hebat untuk ku
menyelinap masuk ke radio radio popular. Tetapi aku yakin satu hari aku pasti berada di puncak atau mungkin terbang meninggalkan mereka di bawah. I believe i can fly.... dengan kau bagai udara berada di puncak 5 terbaik di kebanyakan corong corong radio aku percaya satu hari corong corong radio popular tidak akan meminggirkan usaha ku. Aku bukan menyalahkan mereka, mungkin aku kurang menyakinkan jesteru aku mesti berusaha untuk membuka semua ruang agar mudah ke berjalan, berlari dan terbang. Namun disebalik itu, diluar sana insan-insan yang tidak ku kenali kini menjadi teman-teman terbaik yang menghargai dan terus memberi aku tiupan semangat dan menyokong ku membina sayap impian.

Kau bagai udara akan membuat kejutan tidak lama lagi dengan versi barunya................ku harap aku membawa jenama Bahrain sehebat wonder girl melakukannya....... impian atau mimpian?