Monday, August 30, 2010

MERDEKA 53!

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laungan keramat pada tahun 1957 di hari yang sama ketika ini. Mungkin mereka yang melaungkannya di Stadium Merdeka telah ramai yang telah kembali menemui yang Esa. Tapi laungan keramat itu terus melangkahi masa sehingga kita merasainya kini. Di saat 53 tahun yang lalu, merdeka ini bagai kan satu ikatan yang mengeratkan semua rakyat tanah melayu. Bayangkan kita semua ingin bebas jesteru itu kita perlu bersatu. Nyah semua halangan dan semua perasaan dengki asalkan kita merdeka.....

Kini kita tetap meraikan hari ingatan datok nenek kita yang bersusah payah melalui zaman kegelapan tanah air kita ini. Di mana ubi menjadi peneman periuk, ketakutan dan kesusahan menjadi mainan tidor dan kehidupan seharian. Cuma kita sebagai penghuni kini, tidak melalui zaman itu. Syukur Alhamdulillah, Cuma terkilan di hati kini, ku lihat suasana keharmonian negara ku MALAYSIA semakin menemui keretakan yang amat menggerunkan. Ianya berpunca dengan mereka yang ingin berkuasa dan inginkan kekayaan.. Persetan dengan keharmonian negara , yang penting kuasa dan kaya!!! realitinya umumnya kami sebagai rakyat senantiasa mengamalkan keharmonian sesama kaum. Ya, mungkin kita tak dapat lari dari melayu dengan melayu, cina dengan cina, india dengan india, .... ini adalah lumrah kehidupan manusia dimana kita dibesarkan, di situ wujud perasaan kekitaan dan kesatuan kita. Terimalah dengan hati yang rela.. tapi hakikatnya kami senantiasa menjalinkan hubungan antara kaum dengan mesra tanpa mencurigai antara kami. Malah ianya menjadi satu keistemewaan Malaysia di mana kita semua sebagai rakyat Malaysia yang harmoni.

Keharmonian ini selalu dipropaganda dan diprovokasikan untuk mendapatkan kuasa dan kekayaan. Suara kecil kami takkan dapat memecahkan perpaduan kerana kami mahu hidup bersama dengan aman, gelak ketawa dan jual niaga. Cuma mereka yang berpengaruh boleh mengubah keharmonian kita, Cuba fikirkan... jika mereka yang berpolitik boleh membina negara dengan jalinan kerjasama yang baik.. tegur jika silap dan bantu jika lemah...bukannya cuba memecah belahkan umum dengan pelbagai taktik, jatuh menjatuhkan, dengki mendengki kerana ingin merebut Kuasa!!!!!! Ingatlah kita tak mahu hidup dalam ketakutan siang dan malam, hari ke hari, tahun ke tahun dimasa hadapan jika keharmonian tergadai.. Jangan sudah terlajak baru ingin bersatu...... semua sudah musnah susah membina semula...

Aku ingin kan MALAYSIA yang harmoni selamanya.....

Thursday, August 26, 2010

Mengenali Al Quran

Sempena hari nuzul quran hari ini, tersentuh hati ini bila mengetahui al- Quran telah di turunkan lebih 1044 tahun yang lalu. Bermakna terpisahnya aku dengan rasulullah juga dalam tempoh tersebut. Telah lama baginda meninggalkan umatnya tapi satu naskah kalam Allah nyata berada di depan mata kita. Tapi diri ini hanya tahu membaca tanpa mengetahui maknanya.

Hanya selepas aku melawati makam rasulullah dan rumah Allah di mekah, aku kini mula cuba memahami makna yang tersirat di kitab mu ya Allah. Beri kan aku kekuatan untuk terus membaca dan memberi aku petunjuk mu. Aku tahu kesilapan dan engkar perintah mu itu selalu aku lakukan dan aku percaya engkau akan membuka pintu hati aku untuk menerima rahmat mu.

Mungkin di negara ini mengangkat al-Quran sebegitu tinggi sehinggakan kami merasakan al-Quran itu hanya untuk bacaan eksklusif. Namun kesilapan pandangan itu gugur kerana aku melihat mereka di tanah suci mu membacanya seperti bahan bacaan yang komersil. Alangkah indahnya jika terdapat umat islam di negara ku ini membaca al quran sebagaimana mereka membaca naskah yang lain. Mungkin al-Quran tafsiran dalam bahasa seharian ku, perlu di keluarkan dalam bentuk cerita yang lebih menarik agar ramai mengetahui maksud yang tersirat disertakan dengan kisah kisah sejarah islam terdahulu hingga kini dengan gaya bahasa yang lebih catchy.. Aku pasti Al quran akan meresap ke dalam naluri kita semua dengan lebih cepat. Insyaallah.....

Ya allah indahnya kalam mu....
Akan ku tunggu saat itu.......

Tuesday, August 24, 2010

Selangkah meniti Usia...

Syukur alhamdulillah , usia ku selangkah lagi meniti kehidupan. Bersama ramadhan ke 14 ini aku bukan lagu seusia muda remaja. Aku mula mencongak kematangan aku dalam menjalani kehidupan ini. Allah senantiasa memberi aku nikmat yang tak terhingga, cuma diri ini yang selalu lupa untuk mensyukuri pemberian itu. Peluang yang kau beri padaku menziarahi tanah suci mu, menerbitkan rasa keinsafan dalam diri ini. Aku bukan orang yang besar untuk menyombong diri di dunia mu ini.. aku hanya sekecil hama yang bongkak melangkah tanpa mengetahui senantiasa ada ciptaan mu mengekori ku kiri dan kanan yang mencatat segala apa yang aku lakukan...

Tahun ini aku rasakan ramai insan yang mengambil berat diriku berbanding tahun tahun dahulu... terimakasih teman teman sekalian...sedikit kasih mereka akan ku balas dengan lebih besar lagi.....mengjangkau usia ku ini aku berazam untuk berbakti membela mereka yang kekurangan dengan apa yang aku terdaya. Insya allah.... rezeki yang diberi oleh ilahi bukan hanya untuk diriku sahaja.....Kepada teman teman.... terimakasih yang tak terhingga

Monday, August 16, 2010

Kau Bagai Udara II

Kau Bagai Udara bagi ku. Sejarah lalu mungkin tak semanis Kau Bagai Udara. Dengan menyinggahi tahta ke tiga dalam muzikfm carta popular setakat ini bagaikan satu permulaan yang sangat aku nantikan. Mungkin agak sukar untuk mendominasi puncak carta kerna bukan calang calang nama yang dipahat di sana.

Mungkin kehadiran ku di carta ini juga menjadi tanda tangan siapa empunya nama Bahrain yang secara tetiba mendaki carta sedikit demi sedikit. Namun itu bukan halangan buat mereka mengundi aku untuk bersama sama menuju puncak yang amat payah untuk di daki.

Satu lagi matlamat aku untuk menakluki ruang udara radio stesyen popular tanah air. Mungkin Kau Bagai Udara tiada kekuatan ke arah itu namun aku berasa yakin ada lagu ku akan mendominasi carta lagu mereka dalam masa terdekat. Dan aku juga yakin lagu aku yang lain pasti akan menyusul membentuk empayar BAHRAIN.

Kau Bagai Udara memang membuat ku bernafas lega.... uhhhhhhhh aaaaaaaaaa... SYUKUR PADA YANG ESA

Wednesday, August 11, 2010

SALAM RAMADHAN

Kesekian tahunnya, ramadhan kembali menjengah ke alam hidup ini. Alhamdulillah aku masih dapat menikmati kehadirannya. Ramadhan memberi seluas luasnya ruang ibadat yang tiada dibulan yang lain dengan pahala kebaikannya juga tidak ternilai. Namun sebagai insan yang lemah dan tewas dengan sedikit cobaan, menjadikan ramadhan bulan yang paling penting untuk membersihkan segala kotoran dosa yang lalu.

Ramadhan tahun ini adalah ramadhan ketiga tarikh lahir ku di sambut di waktu kita masih berpuasa... alhamdulillah berkesempatan memohon segala dari ilahi di hari ulang tahun ku dahulu dan yang akan datang. Sebolehnya aku berhasrat untuk mengerjakan terawih berjemaah sebulan penuh... namun hasrat itu tidak pernah tercapai sehingga hari ini. insyaallah aku akan terus berusaha ke arah itu..

Semoga dengan ramadhan mendakapi kita sekarang, aku akan dapat merasai kehangatan ramadhan bersama ibu dan keluarga tercinta. Buat arwah ayah, alfatihah... ingatan berpuasa dengan ayah menjadi ingatan sepanjang hayat...

Thursday, August 5, 2010

Menyusuri Laluan ke Puncak!!!!!


Masih ku ingat ketika aku mula dipelawa untuk merakamkan suara ku untuk di jadikan bahan sejarah di waktu tua ku. Kelahiran album pertamaku bukan satu jalan yang mudah dan aku boleh tersenyum bangga. Begitu banyak tangan tangan menarik aku ke belakang dan haluan kapal pelayaranku belayar tanpa arah di lautan gelap untuk ku ke pulau jaya. Namun bukan itu yang aku ingin kisahkan dalam epilog cerita ku ini.


Atas nasihat dan kehendak minda ku, aku perlu lebih bersedia menghadapi perang yang akan aku hadapi di medan seni ini. Aku perlu memperkasakan vokal ku dahulu sebelum aku menjalani kehidupan studio. Ketika itu nama Siti Hajar (Cikgu) masih lagi hijau di kala Akademi fantasia masih lagi baru di alam kaca di tv. Aku masih ingat ketika aku mula menelefon cikgu untuk aku mengikut kelas vokalnya. Pertama kali aku mendengar suara nya terbayang aku cikgu siti seorang serius orangnya. Hingga lah aku mengikut kelas pertama dan bertemu secara terus dengan insan yang dinamakan siti hajar ini. "Kamu boleh menyanyi tetapi penafasan an teknik nyanyian belum ada pada kamu". Maka bermulalah pembelajaran ku dengan tiga perkara yang asas dalam teknik penafasan dan vokal iaitu "Hishing", "Tonning" dan "Bubling".
Perjalanan pembelajaran ku tidak mengikut jadual asas kerana aku perlu menjalani kerja rutin ku. Hari ke hari aku mula faham akan teknik teknik nyanyian walaupun belum lagi menjadi mahir. Kemahiran itu datang dari latihan yang berpanjangan dan berterusan. Pernah ku bertanya kepada cikgu " Saya tak ada vokal yang hebat?" Ini lah jawapan cikgu ku " Semua orang mempunyai suara yang sedap, vokal yang hebat tanpa penghayatan dalam penyampaian, kita takkan berjaya menjadi penyampai cerita berlagu ini, Ingat!!! paku orang dari mula kamu mengeluarkan suara dibaris pertama nyanyian kamu, dan buat seikhlas hati dan enjoy ur performance".


Aku pernah menyatakan hasrat ku kepada cikgu, "Cikgu saya nak cikgu berduet dengan saya dalam sebuah lagu saya satu hari nanti", Nah , tuhan menjelmakan impian saya setelah bertahun-tahun ku menunggu, terhasilnya "Cinta & Airmata", dengan gaya duet yang amat berbeza dan mungkin pertama di tanah air ku. Ku bersyukur Cikgu bersetuju bersama saya untuk lagu ini. Dan inilah lagu komersil pertama cikgu Siti Hajar di aliran lagu semasa. Aku amat terhutang budi dengan cikgu atas kesudian nya walaupun aku hanya insan kerdil yang masih merangkak mencipta sesuatu yang hebat. Itulah Cikgu Siti Hajar, insan yang senantiasa memberi aku dorongan dan galakkan semangat untuk aku berjuang di lembah seni ini agar aku mendaki gunung kejayaan dan memahat nama ku di puncak..AKU BAHRAIN!!! Terimakasih CIKGU!!!!!! Semoga tuhan memberkati hidup kita dan semua muslimin dan muslimat....