Thursday, December 30, 2010

2010

Langkah-langkah yang diatur selama 365 hari ditahun 2010 hampir penghujungnya. Perkembangan karier ku amat baik selama tahun ini. Walaupun pada mulanya aku ingin berbuat apa saja untuk mempopularkan diri tetapi terfikir jugak biarlah aku mendaki sedikit demi sedikit demi kepuasan yang berkekalan.

Alhamdulillah, dua single nyanyian ku berada di ruang udara penyiaran malaysia. Kau bagai udara memberi impak besar pada ku, lagu yang simple dan catchy ini berjaya memanjat carta lagu-lagu popular dalam kebanyakan stesen radio malah melangkaui luar malaysia, singapura dan brunei. peminatku juga kini berkembang ke Philipina. Dan terkini "cinta & airmata" yang mula menunjukkan kemampuan untuk mengulangi sejarah kau bagai udara. Buat mereka yang banyak membantu saya dalam karier disepanjang tahun 2010 anda semua memang berjasa pada ku, akan ku kenang hingga ke akhir hayat...

Cuma aku agak terkilan kerana untuk melahirkan album ke 2 tidak kesampaian kerana masalah teknikal dan kekurangan sebuah sahaja lagi lagu yang amat ku perlu untuk memenuhi keseluruhan pengeluaran album ini. Insyaallah 2011 akan menamatkan penantian aku.

Dalam pekerjaan ku, nampaknya syarikat ku semakin berkembang dan semakin teguh untuk berdiri dan berlari... semua atas usaha rakan sekerja yang senantiasa bergelumang dengan airmata dan keringat untuk menegakkan dan meluruskan perjalanan tanpa ada rintangan untuk tahun mendatang. Kita, insyaallah akan berjaya!! percayalah tuhan akan membantu kita dengan usaha dan doa....

Selamat tinggal 2010........tahun ku menemui rasul ku ... aku cinta pada mu... terimakasih Allah kerana menunaikan hajatku menjadi tetamu mu....

Sunday, December 26, 2010

Coretan Cinta & Airmata

Alhamdulillah, perjuangan ku di dalam bidang ini semakin berbaloi, segala penat lelah semakin hari semakin menjadi. Tarikh 24 december 2010, aku dan lagu ku menjejak kaki ke Suria Fm buat pertama kali nya. Berkumandang lagu itu di ruang udara suria memberi aku satu lagi sejarah kerana selama ini lagu-laguku belum pernah bermain di sini. Insyaallah aku berharap "Cinta dan airmata" akan menguasai udara suriafm pula.

Dari maklumbalas peminat peminat ku, aku dapat rasakan hasil kerja ku ada yang menghargai cuma masa dan ketika nya belum menjengah untuk aku membuktikan aku bukan sekadar di pinggiran. Aku mahu buktikan aku juga boleh melebar sayap ku terbang bersama enggang -enggang di ruang angkasa raya. Sebenar nya aku mempunyai matlamat lebih dari itu... ini menjadi garuda terbang bersama sama merentasi senatero alam ini.... insyaallah... tuhan yang menentukan... aku akan terus berusaha... amin.

Wednesday, December 8, 2010

Salam MAAL HIJRAH

Maal Hijrah 1432 baru saja menebarkan sayapnya untuk membawa ku terbang bersama untuk ke layari masa hadapan untuk ke sekian tahun. Tidak ku tahu apakah akan berlaku untuk tahun ini? Yang pasti apa yang ingin ku lakukan adalah memperbaiki diri ini lebih baik dari tirai 1431. Ada 3 perkara yang perlu aku buat untuk 1432 ini:

1. Meningkatkan permainan seni ku ini untuk lebih berjaya tanpa ku melupakan nilai nilai yang baik untuk ku hidangkan buat semua yang menyokong ku.

2. Memperkembangkan lagi perniagaan ku agar lebih berjaya. Tahun lepas sedikit sebanyak memberi aku sedikit udara untuk bernafas dengan limpahan rezeki darimu ya rabbi.

3. Menunaikan rukun ke lima jika mendapat panggilan mu yang Allah. Insyaalllah ingin ku bersama ibu ku ke tanah suci melengkapkan kewajipan ku pada mu. Aku rindu rasul mu dan tanah suci. Perkenankanlah hajat ku ya allah.

Jauhkan aku dari segala keburukan yang membuat aku lupa akan mu dan jauhkan aku dari leka dengan kenikmatan dunia dan sifat yang keji. Aku tahu aku terlalu lemah untuk menjauhi kezaliman syaitan dan aku terlalu lemah keimanan.. temani ku selama perjalanan ku ini sebelum aku bertemu mu satu hari nanti..... aku takut....