Wednesday, September 22, 2010

Salam Lebaran..

Masuk hari ke 13 syawal, lewat aku mengemaskini anjung blog aku ini, Yang utamanya aku ingin menyatukan tangan kanan dan kiri ku untuk memohon kemaafan buat semua yang mengenali diri ini kerana tiadalah insan yang tidak melakukan kesilapan. Aku tentunya tidak terkecuali. Mohon Maaf zahir dan batin..

Syawal semakin hari semakin kurang serinya bagi ku berbanding ramadhan yang lebih bermakna dari tahun ke tahun. Mungkin usia mematangkan aku bahawa hanya bekalan sebungkus kecil tidak cukup untuk ku bawa bersama untuk andai bertemu ilahi kelak. Ianya memerlukan bekalan yang melimpah ruah buat kita dan buat orang yang kita sayangi dan saudara ku sekalian. Ramadhan adalah untuk ku mengumpul segala bekalan agar aku tidak kerugian kelak mengemis belas kasihan dari orang lain di sana kelak.

Syawal ku gunakan sepenuhnya untuk ku melutut memohon keampunan dari ibu tercinta, kakak dan abang ku diatas kertelanjuran kata, ketinggian suara dan kesilapan laku. Buat ayah doa ku iringkan doa agar rohnya terus dirahmati ilahi. Buat kawan kawan ku, mungkin kita tidak bertemu beraya bersama tapi ingatan tetap mekar di hati. Biasalah mereka beraya bersama keluarga tercinta juga...sama seperti ku.....


semoga ku bertemu ramadhan dan syawal lagi tahun tahun mendatang.....

Selamat hari Raya aidil fitri!!!!