Wednesday, August 24, 2011

Setahun lagi ku berusia

Setahun lagi aku menaiki tangga usia, genap tiga tahun hari lahir ku jatuh di bulan ramadhan.. alhamdulillah.. 24 ogos memang tarikh yang aku tunggu untuk aku berhimpun bersama keluarga ku untuk meraikannya.. Alhamdulillah di saat ini apa yang aku idamkan tercapai. hanya kepada Mu tempat ku meminta dan tempat ku bergantung harap. Syukur ke panjatkan buat mu dan jangan lah Kau hentikan rahmat dan nikmat mu kepada hamba Mu ini.

Masih banyak yang aku inginkan, mungkin aku kekurangan amalan kepada Mu tapi Engkau tetap memberi keselesaan hidup pada hambamu ini.. Ya Rabbi tunjukkan aku jalan yang lurus sehingga aku kehabisan nyawa untuk mengadap Mu. Aku tak sanggup walau melintasi neraka mu sekalipun kerana ia akan membakar diri ini....Buka kanlah pintu hati ku ini untuk beriman kepada Mu .... Amin.....

Sunday, August 7, 2011

SALAM RAMADHAN

Alhamdulillah, ada sedikit ruang waktu untuk aku menulis di lembaran ini semula, Buat semua umat islam diucapkan selamat menunaikan kewajipan kita sebagai insan dan hamba allah. Sememangnya nya warna ramadhan ini amat berlainan berbanding dengan bulan yang lain. Sebagai insan pasti kita merasainya walaupun hanya sekelumit sahaja.

Ku tanamkan di kedalaman hati ini untuk lebih mendekati Mu disaat godaan sang syaitan itu telah engkau jauhkan dari aku. Tetapi sebagai insan yang lemah masih dapat kurasakan ngiang-ngiang iblis itu terus menghantui aku.. Ya Allah jauhkan aku dari segala kemungkaran. Ingin ku mendapat walau sedikit pun rahmat mu, Kerana aku tidak sanggup menghuni neraka mu.....

Amin..... Selamat Berpuasa semua saudara saudara ku......