Thursday, December 13, 2012

Cerita Bola sepak Harimau Malaya

Tarikh 13 Disember 2012, Akhir harimau malaya di tendang oleh gajah putih untuk berputih mata ke final tahun 2012.  Sememang nya aku bukan lah arif tentang bola sepak ini, tapi dari pengamatan yang dibuat oleh manusia biasa seperti aku, boleh aku simpulkan di sini.

1. Sistem pengadilan adalah satu yang amat menduka citakan akibat kelemahan pengadil itu sendiri, Bukan kerana kekalahan malaysia tetapi kelemahan komunikasi antara pengadil dan pembantunya. Jika di amati kesilapan kecil boleh mnejadi besar hingga di layangkan kad merah. segala gala bukti boleh di lihat di muka tv kita. betul pengadil adalah muktamad, tapi muktamad yang meragukan amat mendukacitakan.,

2. Permainan malaysia? kekecewaan aku disini adalah kerana bahagian tengah malaysia terlalu tidak berfungsi, manakah 4 orang yang diletakkan sebagai midfielder? bagaikan tiada wujud mereka membantu menggerakkan bahagia tengah. hingga mat Yo terpaksa pula merancang untuk mereka? ini adalah kelemahan paling ketara semenjak malaysia bermain dalam kejohanan ini. ini ketara bila melawan thailand di shah alam. Pentingnya malaysia mempunyai pemain tengah yang hebat untuk kembali menjulang kejayaan.

entahlah, aku sayangkan harimau malaya, tapi kita memerlukan seorang pengendali yang mempunyai skil yang bagus untuk diterapkan kepada pemain kita.. Mengaumlah harimau kembali!!!

Monday, September 17, 2012

KEMBALI

Setahun hampir aku tidak menulis di blog diatas kekangan kerja. Semua sudah berlalu, hari lahir ku, lebaran aidil fitri dan kini musim haji sekali lagi menjelma. Tahun ini sepatutnya aku sudah ke tanah suci untuk menunai tanggung jawab umat islam ke lima. tapi ada sedikit masalah yang tak dapt di elak. Insyaallah akan ku cuba untuk kesekian kalinya di tahun mendatang.

Mungkin ramai sahabat dan pengikut aku bertanya kemana BAHRAIN RAHMAN hilang di aliran seni negara, Insyaallah saya masih di sini dan sedang menanti dan menyelesaikan satu lagi lagu yang boleh mempopularkan kan kembali nama saya di arena ini. Terimakasih atas sokongan anda selama ini.

Terimaksih juga kepada penerbit drama, Mr Jinggo kerana memberi satu lagi impak di dalam karier saya apabila menggunakan lagu saya CINTA & AIRMATA dalam drma bersiri "BONDA" di TV3. kepada semua sahabat sya disini. TERIMAKASIH.