Monday, November 23, 2015

KAU BAGAI UDARA & SAYANG AKU RINDU


Alhamdulillah,

Dua buah lagu saya Kau Bagai Udara dan Sayang Aku Rindu mula mendapat tempat bila ianya menjadi lagu tema untuk Drama Bersiri Kau Aku Kita di TV3,

KAU BAGAI UDARA

Ramai yang mula menyedari akan lagu ini bila ianya bermain di Drama Kau Kau Aku Kita. Terimaksih atas komen yang diberikan, ramai yang berkata Video Klip Lagu tu tidak memuaskan. YA, Betul, saya akui, Saya membuat VC itu hanya untuk meletakkan lagu itu di Youtube. Janji Ada.Saya memang tiada perancangan untuk membuat KLIP yang baru. Cukup seadanya, yang penting lagu saya dapat menghiburkan anda semua.

Lagu Kau Bagai Udara mula dirakam kan sekitar Tahun 2009. Dan mula berlegar distesyen radio RTM seluruh Malaysia di Awal tahun 2010. Alhamdulillah penerimaan pada masa itu memuaskan sehingga menduduki Top 5 di kebanyakan Stesyen Radio RTM, kemudian lagu itu berkembang ke Brunei Darul Salam. THR gegar juga memainkan lagu ini dengan hebat juga di stesyen mereka. 

Dan Lagu Kau Bagai Udara membawa saya muncul LIVE di Kaca TV Singapore - dalam rancangan JUS dan juga muncul di media cetak di Singapore. Selepas itu lagu ini mula melabuh tirai mengakhiri perjuangan dalam saingan industri muzik.

 
SAYANG AKU RINDU 

Setelah drama bersiri Asmara Luna - dengan lagu saya Cinta Dan Airmata mula mendapat tempat pada tahun 2013, saya mula mendiamkan diri. Pada pemikiran saya, kalau nak muncul mesti dengan lagu yang sedap didengar. Setelah menunggu selama setahun akhirnya, apa yang saya hendak untuk lagu baru saya muncul, 2014, Lagu Sayang Aku Rindu ini mula dilakukan pembikinan nya. Dan selepas hari raya Aidil Fitri 2015 Lagu ini siap sepenuhnya. Dan Saya sangat berpuashati sepanjang pembikinan lagu ini.

Pada mulanya lagu ini bertajuk " Rindu Setengah Mati" akhirnya saya menukarkan tajuk nya kepada "Sayang Aku Rindu" untuk mengelakkan kekeliruan dengan lagu lain yang seakan sama tajuknya. ketika lagu ini belum lagi menjengah ke Stesyen Radio peminat KAU AKU KITA dapat mendengarnya terlebih dahulu.

Itulah serba sedikit sejarah lagu untuk drama "KAU AKU KITA". Kini siapa sangka (saya pun tak sangka) lagu yang dahulunya (5 tahun lepas) kembali disukai. Alhamdulillah. Peluang dari pihak JS Pictures banyak membantu mengembangkan kerjaya saya. Bagi saya cukup orang mengenali hasil kerja dan lagu BAHRAIN RAHMAN. Inshaallah saya kan terus berada di sini bersama lagu lagu saya seterusnya. 

 
BAHRAIN RAHMAN