Tuesday, October 8, 2013
PROJEK UNTUK SINGLE TERBAHARU
Alhamdulillah setelah setahun setengah cuba untuk mendapatkan sambungan kepada Cinta & Airmata dan Cahaya Kasih, akhirnya material yang diperlukan telah berada di tangan untuk ku realitikan menjadi satu keindahan bait bait indah juga. Mungkin belum jodoh ku untuk mengalunkan lagu sendiri tetapi material ini amat menarik perhatian ku . Sekali lagi akan berkerjesama dengan pencipta Cinta & Airmata. Masih melankolik tetapi ianya akan berbeza dari segi susunan muzik. Insyaallah akan lahir single ini sebelum hilangnya 2013.
Thursday, September 5, 2013
CINTA & AIR MATA ASMARA LUNA
Alhamdulillah, Akhirnya penantian untuk menyaksikan single saya "cinta & airmata" menghiasi papan tv asmara luna tercapai, syukur sekali lagi kerana penerimaan hasil karya yang dibuat dengan teliti dan penuh kesabaran akhirnya berbaloi. kepada pengarah drama, bro jinggo thanks memberi kepercayaan ke atas lagu ini dan kepada pencipta lagu ini, yes !! you are the best!!! im just deliver as a singer ... buat cikgu siti hajar, tunjuk ajar , bebelan dan pujian cikgu membuat saya menghargai setiap ilmu yang diberi... walaupun saya rasa bagai masih di kaki gunung untuk mendaki banyak lapisan lagi untuk ke puncak... Insyaallah akan tampil dengan lebih produk yang bermutu & berkualiti.....!! thanks semua......bahrain
Thursday, January 3, 2013
SALAM 2013 untuk ke gapai bintang
Alhamdulillah, kembali kita menyambut tahun yang baru dan memasuki gerbang 2013 pula, sudah tertutup pintu 2012 untuk kita meminda semua yang telah kita lakukan, tak mengapa 2013 mungkin akan menjadikan kita lebih baik dari tahun yang sebelumnya.
Insyaallah, inginku kembali aktif melalui kegiatan alunan suara ku setelah menyepi dalam tahun 2012, syukur ke hadrat ilahi kerana 2 lagu diangkat untuk menjadi lagu tema 2 drama bersiri. CAHAYA KASIH ada menjadi lagu tema untuk drama bersiri " Cinta Adam Dan Hawa" yang akan di layarkan di RTM manakala lagu " Cinta & airmata" Akan menghiasi sebuah drama bersiri waktu oerdana jam 9 mlm di TV3,
Termakasih buat penerbit yang menerima kehadiran lagu ku untuk drama beliau. Aku tahu berapa sukar untuk menembusi pasaran drama malaysia.. Mungkin rezeki ku di bidang ini kembali menyinar di tahun 2013. Insyaallah aku akan kembali berkarya dengan lagu yang lebih baik... amin

Subscribe to:
Posts (Atom)