Thursday, December 30, 2010

2010

Langkah-langkah yang diatur selama 365 hari ditahun 2010 hampir penghujungnya. Perkembangan karier ku amat baik selama tahun ini. Walaupun pada mulanya aku ingin berbuat apa saja untuk mempopularkan diri tetapi terfikir jugak biarlah aku mendaki sedikit demi sedikit demi kepuasan yang berkekalan.

Alhamdulillah, dua single nyanyian ku berada di ruang udara penyiaran malaysia. Kau bagai udara memberi impak besar pada ku, lagu yang simple dan catchy ini berjaya memanjat carta lagu-lagu popular dalam kebanyakan stesen radio malah melangkaui luar malaysia, singapura dan brunei. peminatku juga kini berkembang ke Philipina. Dan terkini "cinta & airmata" yang mula menunjukkan kemampuan untuk mengulangi sejarah kau bagai udara. Buat mereka yang banyak membantu saya dalam karier disepanjang tahun 2010 anda semua memang berjasa pada ku, akan ku kenang hingga ke akhir hayat...

Cuma aku agak terkilan kerana untuk melahirkan album ke 2 tidak kesampaian kerana masalah teknikal dan kekurangan sebuah sahaja lagi lagu yang amat ku perlu untuk memenuhi keseluruhan pengeluaran album ini. Insyaallah 2011 akan menamatkan penantian aku.

Dalam pekerjaan ku, nampaknya syarikat ku semakin berkembang dan semakin teguh untuk berdiri dan berlari... semua atas usaha rakan sekerja yang senantiasa bergelumang dengan airmata dan keringat untuk menegakkan dan meluruskan perjalanan tanpa ada rintangan untuk tahun mendatang. Kita, insyaallah akan berjaya!! percayalah tuhan akan membantu kita dengan usaha dan doa....

Selamat tinggal 2010........tahun ku menemui rasul ku ... aku cinta pada mu... terimakasih Allah kerana menunaikan hajatku menjadi tetamu mu....

Sunday, December 26, 2010

Coretan Cinta & Airmata

Alhamdulillah, perjuangan ku di dalam bidang ini semakin berbaloi, segala penat lelah semakin hari semakin menjadi. Tarikh 24 december 2010, aku dan lagu ku menjejak kaki ke Suria Fm buat pertama kali nya. Berkumandang lagu itu di ruang udara suria memberi aku satu lagi sejarah kerana selama ini lagu-laguku belum pernah bermain di sini. Insyaallah aku berharap "Cinta dan airmata" akan menguasai udara suriafm pula.

Dari maklumbalas peminat peminat ku, aku dapat rasakan hasil kerja ku ada yang menghargai cuma masa dan ketika nya belum menjengah untuk aku membuktikan aku bukan sekadar di pinggiran. Aku mahu buktikan aku juga boleh melebar sayap ku terbang bersama enggang -enggang di ruang angkasa raya. Sebenar nya aku mempunyai matlamat lebih dari itu... ini menjadi garuda terbang bersama sama merentasi senatero alam ini.... insyaallah... tuhan yang menentukan... aku akan terus berusaha... amin.

Wednesday, December 8, 2010

Salam MAAL HIJRAH

Maal Hijrah 1432 baru saja menebarkan sayapnya untuk membawa ku terbang bersama untuk ke layari masa hadapan untuk ke sekian tahun. Tidak ku tahu apakah akan berlaku untuk tahun ini? Yang pasti apa yang ingin ku lakukan adalah memperbaiki diri ini lebih baik dari tirai 1431. Ada 3 perkara yang perlu aku buat untuk 1432 ini:

1. Meningkatkan permainan seni ku ini untuk lebih berjaya tanpa ku melupakan nilai nilai yang baik untuk ku hidangkan buat semua yang menyokong ku.

2. Memperkembangkan lagi perniagaan ku agar lebih berjaya. Tahun lepas sedikit sebanyak memberi aku sedikit udara untuk bernafas dengan limpahan rezeki darimu ya rabbi.

3. Menunaikan rukun ke lima jika mendapat panggilan mu yang Allah. Insyaalllah ingin ku bersama ibu ku ke tanah suci melengkapkan kewajipan ku pada mu. Aku rindu rasul mu dan tanah suci. Perkenankanlah hajat ku ya allah.

Jauhkan aku dari segala keburukan yang membuat aku lupa akan mu dan jauhkan aku dari leka dengan kenikmatan dunia dan sifat yang keji. Aku tahu aku terlalu lemah untuk menjauhi kezaliman syaitan dan aku terlalu lemah keimanan.. temani ku selama perjalanan ku ini sebelum aku bertemu mu satu hari nanti..... aku takut....

Sunday, November 14, 2010

Cinta & airmata ....akhirnya!!!

Akhirnya 13 nov 2010 lahir lah "cinta & airmata" di corong radio muzikfm buat pertama kalinya setelah amat payah untuk menyiapkan lagu ini. Keringat, tangisan dan kecintaan ku berikan penuh perhatian untuk kelahiran lagu ini.

Apakah ertinya kandungan lagu ini buat ku? dari baris-baris lirik nya adalah seperti sepasang kekasih yang tidak dapat dipisahkan, yang mana dia lah kekasihnya seumur hidup... memang benar begitu...inilah jiwa yang aku berikan nafas untuk ku lagukan lirik liriknya... ianya bukan kekasih biasa... tetapi inilah apa yang kurasa bila ku melewati makam rasul ku di madinah. Hanya dia kekasih kita yang boleh memberi panduan didunia dan diakhirat. Ku jiwai lagu ini dengan penuh rasa cinta dan sayang pada rasullullah yang akan kekal selamanya.

"Sayu lagumu iring hati ku, waktu berjalan hanya diriku , lirih bisikan mu, lembut pelukan hanya tinggal kenangan bagiku". rangkap ini sebenarnya mengingatkan aku berselawat padamu, seperti ku terasa bisikan dan pelukanmu ya rasul pada ku insan yang penuh dosa bila melawatimu makammu, dengan izin allah aku bertemu mu disana di kota mu madinah. Alangkah sebak hatiku mengenang kan aku selama tidak mencintai dan mengikut sunnah dan ajaranmu...

Sepi menari menemani ku, airmata tak henti rindu ku, hanya ada aku, tanpa diri mu, kan ku simpan cinta ku padamu" Itu perasan yang wujud bila kita berada di depan makammu. biarpun engkau ya rasul telah lama meninggalkan aku 1400 tahun yang lalu, memang terasa kerinduan dan terasa engkau berada di depan umatmu ini... cinta ku pada mu memang mula menjalarkan dalam diri...

"Biarkanlah kujalani hidup tanpa ada cinta, kerna cinta hanyalah dirimu , hanyalah dirimu, kau lah cinta dan airmataku". Begitu rasanya andai ku dapat berada di zaman mu , kecintaan para sahabat dahulu mungkin lebih lagi dari kami yang tidak mengenali mu ya Rasul, Insyaallah hari demi hari Allah membuka pintu hati ku untuk mencintai mu ya Rasul. Insya allah aku akan melawat mu lagi di kota mu, madinah.... dengan izin allah. Ya allah terimakasih memberi seorang manusia hebat menjadi panduan buat kami...

Lagu ini mempunyai makna yang lebih mendalam buatku, sepatutnya sesebuah lagu tidak lama penyiapannya.. tetapi lagu ni mengalami resah gelisahnya hingga ada saja halangan untuk memyempurnakannya.. Baru ku sedari bahawa lagu ini adalah perasaan ku untuk mu yang rasul.. lantas penyiarannya juga rupa kena pada harinya , tak ku sangka ia berjaya disiarkan di corong radio pada menjelang aidil adha... ya allah rupanya ianya bersesuai untuk kelahirannya... aku redha....... ada hikmah nya....

Cinta & Airmata adalah interpretasi ku pada junjungan ku, namun setiap insan ada maksudnya tersendiri, lagu ku ini sesuai untuk pasangan bercinta atau kepada orang tua kita..insyaallah...

Sunday, November 7, 2010

BANJIR & BANJIR

Melewati akhir tahun 2010, banyak kejadian yang meragut nyawa, harta dan alam sekitar kita. Bersyukur kita dilahirkan di tanah air yang tiada gempa, tiada gunung berapi dan tiada peperangan. Namun kita juga tidak sunyi dengan bencana yang memerlukan kita memberikan sedikit harta kita untuk mereka yang memerlukannya. Saudara saudara kita di Kedah, Perlis & Kelantan kini sedang menghadapi bencana alam yang sekian tahun akan dialami. Tetapi tahun ini ianya lebih buruk dan tak terbayang oleh saudara saudara kita terutama di Kedah Dan Perlis.

Andainya aku berada di situasi itu, tiada dapat ku gambarkan di benak fikiran ku, selama ini ku bina segala harta, kini lenyap ditenggelami air yang rakus selama beberapa hari. Tiada dapat ku bayangkan aku akan kehilangan barangan yang bernilai dan sebagainya. Memang nyawa lebih berharga tetapi untuk memulakan kehidupan baru dengan harta benda yang telah rosak amat membuat diri sesiapa sahaja tertekan. Melainkan kita memang dikurniakan Ilahi sebagai jutawan.. Rata rata penduduk di sana dalam lingkungan yang sederhana. Dapat saya bayangkan kepayahan dan keperitan yang bakal di lalui.

Jesteru, itu saya dengan rendah hati menyeru rakan rakan ku dan fans ku agar dapat sedikit kita menyalurkan bantuan buat mereka. sekurang kurang nya RM 1 pun sudah mencukupi asalkan ianya ikhlas. Pasti Ilahi akan membalas keikhlasan kita...... JOM dERMA & SEDEKAH sekurang kurang RM 1 untuk mereka yang menghadapi banjir. Bayangkan jika jika peminat saya hanya 20,000 orang, sudah tentu RM 20,000 akan terkumpul sekurang kurangnya....

Bayangkan jika kita mendapat bantuan kewangan semasa kita kesusahan...... tentu kita bersyukur....... JOM derma.!!!! melalui apa sahaja saluran... MAYBANK, CIMB atau mana mana tabung yang ada...

Ingat lah hari kita susah pasti kita memerlukan pertolongan....!!!!

Tuesday, October 19, 2010

CINTA DAN AIR MATA : Di balik tabir

Dikala lagu "Kau Bagai Udara" mula hilang taringnya di persada saingan lagu lagu popular Malaysia, aku sudah bersedia untuk kembali bersaing dengan hasil tangan terbaru " Cinta dan Airmata" . Sebuah lagu yang dipilih dari sejumlah lagu yang diperdengarkan kepada santapan halwa pendengaranku. Bermula dengan memperdengarkan kepada teman teman untuk aku memilih sesuatu yang berbeza dari genre muzik aku sebelum ini.

sememangnya lagu ini amat berbeza dari alunan muzik aku sebelum ini cuma ciri ciri terapan rock itu tetap ada.. Bagi ku inilah rock klasik dengan sentuhan moden. Dengan membariskan mereka yang popular dan hebat , aku berharap "cinta dan airmata" akan dapat membahang sehingga membakar hebat persada nyanyian ini.

Sentuhan kumpulan sixth sense, dengan "live instrument" di bawah kendalian abg Eddie Marzuki ( memang hebat), Teringat abg eddie kata kau nyanyi penuh perasaan hahahhha.., Sentuhan gitar utama dari jay pretty ugly dan diadun oleh pemenang AIM sdr Amir Sulaiman dan dimaster oleh abg Fauzi Marzuki serta penampilan Khas Cikgu Siti Hajar....apa yang nak ku khabarkan , inilah antara hasil terbaik aku setakat ini.

Telah kuperdengarkan "product" akhirnya kepada beberapa teman teman , raeksi amat positif dan mengujakan. Insyallah dalam waktu terdekat akan ku layarkan lagu ku ke udara untuk sehirupan keenakan alunan suara cikgu siti hajar dan keasyikan gesekan biola.

Kerna di lagu inilah Cinta dan airmata ku di layangkan. Bukan sedikit waktu menyiapkannya, selama 4 bulan baru lagu ini dapat disiapkan sepenuhnya.....Untuk mereka yang masih meminati "kau Bagai Udara" insyaalllah ianya kan kucalonkan untuk mUzik Muzik 2011... dan juga lagu terbaru ini.....CINTAAAAAAA & AIRMATAAAAAA......

Tuesday, October 5, 2010

Selamat Ulang Tahun Buat Ibu Tercinta

Tanggal 6 oktober adalah tarikh lahir ibu tercinta. Kami sekeluarga meraikannya malam tadi agar emak terus bergembira dengan kehadiran kami semua. Riuh pikuk anak anak saudara membuat aku kekadang teringin kembali ke zaman kanak kanak ku. Zaman itu emak seorang yang garang dan sering memarahi kami.. ini adalah akibat dari kedegilan kami....

Itu dahulu, kini emak adalah tempat kami mencurah kasih dan berkongsi masalah. Saban tahun emak semakin lanjut usianya dan alhamdulillah Allah memberi kesihatan yang baik buat emak. Mungkin di tahun tahun yang mendatang aku berazam untuk menunaikan fardhu haji bersama emak. Emak sudah mengerjakannya lebih 15 tahun yang lalu. Insyallah dengan keazaman yang kuat dan keizinan dari Ilahi akan ku jejak kaki ku ke tanah suci bukan atas nama umrah lagi tetapi menunaikan rukun 5 kita iaitu HAJI....

Insyallah... buat emak semoga Allah terus merahmati dan memberi keimanan buat mu....