Thursday, December 13, 2012

Cerita Bola sepak Harimau Malaya

Tarikh 13 Disember 2012, Akhir harimau malaya di tendang oleh gajah putih untuk berputih mata ke final tahun 2012.  Sememang nya aku bukan lah arif tentang bola sepak ini, tapi dari pengamatan yang dibuat oleh manusia biasa seperti aku, boleh aku simpulkan di sini.

1. Sistem pengadilan adalah satu yang amat menduka citakan akibat kelemahan pengadil itu sendiri, Bukan kerana kekalahan malaysia tetapi kelemahan komunikasi antara pengadil dan pembantunya. Jika di amati kesilapan kecil boleh mnejadi besar hingga di layangkan kad merah. segala gala bukti boleh di lihat di muka tv kita. betul pengadil adalah muktamad, tapi muktamad yang meragukan amat mendukacitakan.,

2. Permainan malaysia? kekecewaan aku disini adalah kerana bahagian tengah malaysia terlalu tidak berfungsi, manakah 4 orang yang diletakkan sebagai midfielder? bagaikan tiada wujud mereka membantu menggerakkan bahagia tengah. hingga mat Yo terpaksa pula merancang untuk mereka? ini adalah kelemahan paling ketara semenjak malaysia bermain dalam kejohanan ini. ini ketara bila melawan thailand di shah alam. Pentingnya malaysia mempunyai pemain tengah yang hebat untuk kembali menjulang kejayaan.

entahlah, aku sayangkan harimau malaya, tapi kita memerlukan seorang pengendali yang mempunyai skil yang bagus untuk diterapkan kepada pemain kita.. Mengaumlah harimau kembali!!!

Monday, September 17, 2012

KEMBALI

Setahun hampir aku tidak menulis di blog diatas kekangan kerja. Semua sudah berlalu, hari lahir ku, lebaran aidil fitri dan kini musim haji sekali lagi menjelma. Tahun ini sepatutnya aku sudah ke tanah suci untuk menunai tanggung jawab umat islam ke lima. tapi ada sedikit masalah yang tak dapt di elak. Insyaallah akan ku cuba untuk kesekian kalinya di tahun mendatang.

Mungkin ramai sahabat dan pengikut aku bertanya kemana BAHRAIN RAHMAN hilang di aliran seni negara, Insyaallah saya masih di sini dan sedang menanti dan menyelesaikan satu lagi lagu yang boleh mempopularkan kan kembali nama saya di arena ini. Terimakasih atas sokongan anda selama ini.

Terimaksih juga kepada penerbit drama, Mr Jinggo kerana memberi satu lagi impak di dalam karier saya apabila menggunakan lagu saya CINTA & AIRMATA dalam drma bersiri "BONDA" di TV3. kepada semua sahabat sya disini. TERIMAKASIH.

Tuesday, October 11, 2011

Musim Haji sudah Bermula

Musim umat islam menunaikan ibadah haji untuk menyeru kewajipan terhadap yang mencipta kita. Aku terasa sayu kerana gagal untuk menunaikan hajat ku pada tahun ini, terasa cemburu terhadap kawan kawan ku yang pergi ke tanah yang suci pada tahun ini. memang aku cemburu secara ikhlas nya.... Mungkin kejahilan aku, yang Esa belum memberi kebenaran untuk ku ke sana.

Insya allah akan ku usaha juga untuk ku sana di musim akan datang, Aku ingin terbang bersama ibu tercinta , hanya itu yang dapat aku berikan terhadap kasih sayangnya selama ini. Memang panggilan kaabah amat membuat aku rindu untuk bertawaf kembali.. terasa tak sanggupnya aku melangkah meninggalkan kaabah dahulu.... terasa aku dekat dengan yang esa, terasa kasih sayang nya pada ku, walaupun aku bukanlah umatnya yang baik, andai dinilai aku mungkin tidak layak walaupun syurga mu yang terakhir..... ya allah besar sungguh kasih mu, bukakanlah peluang aku untuk menunaikan rukun kelima ini , .......... cahaya kasih Mu amat besar hingga seluruh air lautan di bumi tidak cukup membanding kasihmu pada kami semua........astagfirullah...

Wednesday, August 24, 2011

Setahun lagi ku berusia

Setahun lagi aku menaiki tangga usia, genap tiga tahun hari lahir ku jatuh di bulan ramadhan.. alhamdulillah.. 24 ogos memang tarikh yang aku tunggu untuk aku berhimpun bersama keluarga ku untuk meraikannya.. Alhamdulillah di saat ini apa yang aku idamkan tercapai. hanya kepada Mu tempat ku meminta dan tempat ku bergantung harap. Syukur ke panjatkan buat mu dan jangan lah Kau hentikan rahmat dan nikmat mu kepada hamba Mu ini.

Masih banyak yang aku inginkan, mungkin aku kekurangan amalan kepada Mu tapi Engkau tetap memberi keselesaan hidup pada hambamu ini.. Ya Rabbi tunjukkan aku jalan yang lurus sehingga aku kehabisan nyawa untuk mengadap Mu. Aku tak sanggup walau melintasi neraka mu sekalipun kerana ia akan membakar diri ini....Buka kanlah pintu hati ku ini untuk beriman kepada Mu .... Amin.....

Sunday, August 7, 2011

SALAM RAMADHAN

Alhamdulillah, ada sedikit ruang waktu untuk aku menulis di lembaran ini semula, Buat semua umat islam diucapkan selamat menunaikan kewajipan kita sebagai insan dan hamba allah. Sememangnya nya warna ramadhan ini amat berlainan berbanding dengan bulan yang lain. Sebagai insan pasti kita merasainya walaupun hanya sekelumit sahaja.

Ku tanamkan di kedalaman hati ini untuk lebih mendekati Mu disaat godaan sang syaitan itu telah engkau jauhkan dari aku. Tetapi sebagai insan yang lemah masih dapat kurasakan ngiang-ngiang iblis itu terus menghantui aku.. Ya Allah jauhkan aku dari segala kemungkaran. Ingin ku mendapat walau sedikit pun rahmat mu, Kerana aku tidak sanggup menghuni neraka mu.....

Amin..... Selamat Berpuasa semua saudara saudara ku......

Wednesday, June 8, 2011

Akhirnya......

Agak lama tiada berkesempatan untuk ku menulis diruang ku ini... alhamdulillah setelah penat mencari lagu yang terakhir dalam album kedua ini akhirnya ku jumpai nya. Semua kerja kerja rakaman telah selesai cuma sedikit teknikal yang perlu diperhalusi. Lagu ini amat payah untuk ku alunkan kerana tak pernah terfikir untuk ku menyanyikan lagu yang penuh emosi dan 'soul' ini.

Mungkin agak berbeza penyampaian aku kali ini tapi aku rasa berbaloi mempunyai pelbagai genre lagu yang penuh warna ..... insyaallah album ini akan menyusul tidak lama lagi.... buat peminat saya anda adalah rakan dalam aku mengisi ruang ruang kebahagiaan hidup... tq kerana sokongan kalian.......

Saturday, February 12, 2011

MUZIK MUZIK 26

Tanggal 9 feb 2011 adalah tarikh aku membuat penampilan pertama di arena muzik muzik tv3 ke 26. Kau bagai udara menjadi taruhan pertama aku sebagai lagu ku untuk ku sembahkan buat penonton rancangan hiburan popular ini. Dengan penampilan artis artis lain seperti Kak Ramlah Ram, Ibnor riza, Tomok, Erni, Mila, nubhan, rini, dayang, semua nya nama-nama yang hebat berbanding aku yang hanya baru setapak melangkah ke dunia seni ini. Pengalaman sedikit bukan lah alasan untuk aku mengalah. Memang sebelum aku melangkah ke pentas itu, ku tanamkan keyakinan, aku boleh dan aku akan enjoy dengan persembahan aku..

Alhamdulilah , selesai persembahan waluapun masih bergelut dengan vokal yang masih belum pulih 100% , aku dapat menyelesaikan persembahan aku seperti yang aku rancang... aku hanya berpuas hati hanya 70% sahaja..

Bermula aku terpacak ditengah pentas, ku lihat wajah wajah mereka yang hadir di rakaman siaran ini kelihatan kebingungan dan penuh pertanyaan.. " siapa penyanyi ni" , "lagu apa" , namun aku terus memberi senyuman, bila bermula nya irama ku... ku lihat wajah mereka mula berubah seiring muzik kau bagai udara. Terima kasih kepada semua yang menonton dan bertepuk sorak bersama ku, Ku harap kalian semua enjoy dengan persembahan ku tadi.....insyallah kalian juga yang akan menyokong aku untuk terus ku ke udara... Terimakasih tak terhingga.......