Oleh kerana bebanan kerja yang melampau membuat ku meninggalkan
karier nyanyian ku bersendirian hampir setahun. Kemunculan kembali Asmara luna
di layar skrin LED menyedarkan aku semula akan karya ku yang tersimpan rapi
di laci laguku.
Inshaallah sebelum akhir tahun 2014 ini akan lahir sebuah lagu baru yang lebih
memikat setelah puas menunggu sekian lama. Hingga kan gunung menjadi bukit hinggakan
laut menjadi tasik hinggakan matahari berkali meninjau sehingga bulan mula merindu.
Segala sudah berada di jaluran akhir untuk disiapkan ... tunggu kan single terbaru yang
akan menjengah semula membawa BAHRAIN RAHMAN semula ke persada ini.
Buat semua penggemar yang bagaikan rakan rakan ku, thanks support yang diberikan
TERIMA KASIH tak terhingga
Thursday, October 9, 2014
Tuesday, October 8, 2013
PROJEK UNTUK SINGLE TERBAHARU
Alhamdulillah setelah setahun setengah cuba untuk mendapatkan sambungan kepada Cinta & Airmata dan Cahaya Kasih, akhirnya material yang diperlukan telah berada di tangan untuk ku realitikan menjadi satu keindahan bait bait indah juga. Mungkin belum jodoh ku untuk mengalunkan lagu sendiri tetapi material ini amat menarik perhatian ku . Sekali lagi akan berkerjesama dengan pencipta Cinta & Airmata. Masih melankolik tetapi ianya akan berbeza dari segi susunan muzik. Insyaallah akan lahir single ini sebelum hilangnya 2013.
Thursday, September 5, 2013
CINTA & AIR MATA ASMARA LUNA
Alhamdulillah, Akhirnya penantian untuk menyaksikan single saya "cinta & airmata" menghiasi papan tv asmara luna tercapai, syukur sekali lagi kerana penerimaan hasil karya yang dibuat dengan teliti dan penuh kesabaran akhirnya berbaloi. kepada pengarah drama, bro jinggo thanks memberi kepercayaan ke atas lagu ini dan kepada pencipta lagu ini, yes !! you are the best!!! im just deliver as a singer ... buat cikgu siti hajar, tunjuk ajar , bebelan dan pujian cikgu membuat saya menghargai setiap ilmu yang diberi... walaupun saya rasa bagai masih di kaki gunung untuk mendaki banyak lapisan lagi untuk ke puncak... Insyaallah akan tampil dengan lebih produk yang bermutu & berkualiti.....!! thanks semua......bahrain
Thursday, January 3, 2013
SALAM 2013 untuk ke gapai bintang
Alhamdulillah, kembali kita menyambut tahun yang baru dan memasuki gerbang 2013 pula, sudah tertutup pintu 2012 untuk kita meminda semua yang telah kita lakukan, tak mengapa 2013 mungkin akan menjadikan kita lebih baik dari tahun yang sebelumnya.
Insyaallah, inginku kembali aktif melalui kegiatan alunan suara ku setelah menyepi dalam tahun 2012, syukur ke hadrat ilahi kerana 2 lagu diangkat untuk menjadi lagu tema 2 drama bersiri. CAHAYA KASIH ada menjadi lagu tema untuk drama bersiri " Cinta Adam Dan Hawa" yang akan di layarkan di RTM manakala lagu " Cinta & airmata" Akan menghiasi sebuah drama bersiri waktu oerdana jam 9 mlm di TV3,
Termakasih buat penerbit yang menerima kehadiran lagu ku untuk drama beliau. Aku tahu berapa sukar untuk menembusi pasaran drama malaysia.. Mungkin rezeki ku di bidang ini kembali menyinar di tahun 2013. Insyaallah aku akan kembali berkarya dengan lagu yang lebih baik... amin

Thursday, December 13, 2012
Cerita Bola sepak Harimau Malaya
Tarikh 13 Disember 2012, Akhir harimau malaya di tendang oleh gajah putih untuk berputih mata ke final tahun 2012. Sememang nya aku bukan lah arif tentang bola sepak ini, tapi dari pengamatan yang dibuat oleh manusia biasa seperti aku, boleh aku simpulkan di sini.
1. Sistem pengadilan adalah satu yang amat menduka citakan akibat kelemahan pengadil itu sendiri, Bukan kerana kekalahan malaysia tetapi kelemahan komunikasi antara pengadil dan pembantunya. Jika di amati kesilapan kecil boleh mnejadi besar hingga di layangkan kad merah. segala gala bukti boleh di lihat di muka tv kita. betul pengadil adalah muktamad, tapi muktamad yang meragukan amat mendukacitakan.,
2. Permainan malaysia? kekecewaan aku disini adalah kerana bahagian tengah malaysia terlalu tidak berfungsi, manakah 4 orang yang diletakkan sebagai midfielder? bagaikan tiada wujud mereka membantu menggerakkan bahagia tengah. hingga mat Yo terpaksa pula merancang untuk mereka? ini adalah kelemahan paling ketara semenjak malaysia bermain dalam kejohanan ini. ini ketara bila melawan thailand di shah alam. Pentingnya malaysia mempunyai pemain tengah yang hebat untuk kembali menjulang kejayaan.
entahlah, aku sayangkan harimau malaya, tapi kita memerlukan seorang pengendali yang mempunyai skil yang bagus untuk diterapkan kepada pemain kita.. Mengaumlah harimau kembali!!!

Monday, September 17, 2012
KEMBALI
Setahun hampir aku tidak menulis di blog diatas kekangan kerja. Semua sudah berlalu, hari lahir ku, lebaran aidil fitri dan kini musim haji sekali lagi menjelma. Tahun ini sepatutnya aku sudah ke tanah suci untuk menunai tanggung jawab umat islam ke lima. tapi ada sedikit masalah yang tak dapt di elak. Insyaallah akan ku cuba untuk kesekian kalinya di tahun mendatang.
Mungkin ramai sahabat dan pengikut aku bertanya kemana BAHRAIN RAHMAN hilang di aliran seni negara, Insyaallah saya masih di sini dan sedang menanti dan menyelesaikan satu lagi lagu yang boleh mempopularkan kan kembali nama saya di arena ini. Terimakasih atas sokongan anda selama ini.
Terimaksih juga kepada penerbit drama, Mr Jinggo kerana memberi satu lagi impak di dalam karier saya apabila menggunakan lagu saya CINTA & AIRMATA dalam drma bersiri "BONDA" di TV3. kepada semua sahabat sya disini. TERIMAKASIH.

Tuesday, October 11, 2011
Musim Haji sudah Bermula
Musim umat islam menunaikan ibadah haji untuk menyeru kewajipan terhadap yang mencipta kita. Aku terasa sayu kerana gagal untuk menunaikan hajat ku pada tahun ini, terasa cemburu terhadap kawan kawan ku yang pergi ke tanah yang suci pada tahun ini. memang aku cemburu secara ikhlas nya.... Mungkin kejahilan aku, yang Esa belum memberi kebenaran untuk ku ke sana.
Insya allah akan ku usaha juga untuk ku sana di musim akan datang, Aku ingin terbang bersama ibu tercinta , hanya itu yang dapat aku berikan terhadap kasih sayangnya selama ini. Memang panggilan kaabah amat membuat aku rindu untuk bertawaf kembali.. terasa tak sanggupnya aku melangkah meninggalkan kaabah dahulu.... terasa aku dekat dengan yang esa, terasa kasih sayang nya pada ku, walaupun aku bukanlah umatnya yang baik, andai dinilai aku mungkin tidak layak walaupun syurga mu yang terakhir..... ya allah besar sungguh kasih mu, bukakanlah peluang aku untuk menunaikan rukun kelima ini , .......... cahaya kasih Mu amat besar hingga seluruh air lautan di bumi tidak cukup membanding kasihmu pada kami semua........astagfirullah...

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)