Monday, November 23, 2015

KAU BAGAI UDARA & SAYANG AKU RINDU


Alhamdulillah,

Dua buah lagu saya Kau Bagai Udara dan Sayang Aku Rindu mula mendapat tempat bila ianya menjadi lagu tema untuk Drama Bersiri Kau Aku Kita di TV3,

KAU BAGAI UDARA

Ramai yang mula menyedari akan lagu ini bila ianya bermain di Drama Kau Kau Aku Kita. Terimaksih atas komen yang diberikan, ramai yang berkata Video Klip Lagu tu tidak memuaskan. YA, Betul, saya akui, Saya membuat VC itu hanya untuk meletakkan lagu itu di Youtube. Janji Ada.Saya memang tiada perancangan untuk membuat KLIP yang baru. Cukup seadanya, yang penting lagu saya dapat menghiburkan anda semua.

Lagu Kau Bagai Udara mula dirakam kan sekitar Tahun 2009. Dan mula berlegar distesyen radio RTM seluruh Malaysia di Awal tahun 2010. Alhamdulillah penerimaan pada masa itu memuaskan sehingga menduduki Top 5 di kebanyakan Stesyen Radio RTM, kemudian lagu itu berkembang ke Brunei Darul Salam. THR gegar juga memainkan lagu ini dengan hebat juga di stesyen mereka. 

Dan Lagu Kau Bagai Udara membawa saya muncul LIVE di Kaca TV Singapore - dalam rancangan JUS dan juga muncul di media cetak di Singapore. Selepas itu lagu ini mula melabuh tirai mengakhiri perjuangan dalam saingan industri muzik.

 
SAYANG AKU RINDU 

Setelah drama bersiri Asmara Luna - dengan lagu saya Cinta Dan Airmata mula mendapat tempat pada tahun 2013, saya mula mendiamkan diri. Pada pemikiran saya, kalau nak muncul mesti dengan lagu yang sedap didengar. Setelah menunggu selama setahun akhirnya, apa yang saya hendak untuk lagu baru saya muncul, 2014, Lagu Sayang Aku Rindu ini mula dilakukan pembikinan nya. Dan selepas hari raya Aidil Fitri 2015 Lagu ini siap sepenuhnya. Dan Saya sangat berpuashati sepanjang pembikinan lagu ini.

Pada mulanya lagu ini bertajuk " Rindu Setengah Mati" akhirnya saya menukarkan tajuk nya kepada "Sayang Aku Rindu" untuk mengelakkan kekeliruan dengan lagu lain yang seakan sama tajuknya. ketika lagu ini belum lagi menjengah ke Stesyen Radio peminat KAU AKU KITA dapat mendengarnya terlebih dahulu.

Itulah serba sedikit sejarah lagu untuk drama "KAU AKU KITA". Kini siapa sangka (saya pun tak sangka) lagu yang dahulunya (5 tahun lepas) kembali disukai. Alhamdulillah. Peluang dari pihak JS Pictures banyak membantu mengembangkan kerjaya saya. Bagi saya cukup orang mengenali hasil kerja dan lagu BAHRAIN RAHMAN. Inshaallah saya kan terus berada di sini bersama lagu lagu saya seterusnya. 

 
BAHRAIN RAHMAN

Tuesday, January 13, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Selepas 15 hari baru sempat menjenguk blog ku ini untuk
menerapkan memori tahun baru. Untuk semua selamat tahun baru
2015. Akhirnya single terbaharu saya dalam proses terakhir untuk
di siarkan tahun ini. Tunggu terbaru : Rindu Setengah Mati.... Rindunyerr!

Thursday, October 9, 2014

KEMBALI!

Oleh kerana bebanan kerja yang melampau membuat ku meninggalkan
karier nyanyian ku bersendirian hampir setahun. Kemunculan kembali Asmara luna
di layar skrin LED menyedarkan aku semula akan karya ku yang tersimpan rapi
di laci laguku.

Inshaallah sebelum akhir tahun 2014 ini akan lahir sebuah lagu baru yang lebih 
memikat setelah puas menunggu sekian lama. Hingga kan gunung menjadi bukit hinggakan
laut menjadi tasik hinggakan matahari berkali meninjau sehingga bulan mula merindu.

Segala sudah berada di jaluran akhir untuk disiapkan ... tunggu kan single terbaru yang
akan menjengah semula membawa BAHRAIN RAHMAN semula ke persada ini.

Buat semua penggemar yang bagaikan rakan rakan ku, thanks support yang diberikan
TERIMA KASIH tak terhingga

Tuesday, October 8, 2013

PROJEK UNTUK SINGLE TERBAHARU

Alhamdulillah setelah setahun setengah cuba untuk mendapatkan sambungan kepada Cinta & Airmata dan Cahaya Kasih, akhirnya material yang diperlukan telah berada di tangan untuk ku realitikan menjadi satu keindahan bait bait indah juga. Mungkin belum jodoh ku untuk mengalunkan lagu sendiri tetapi material ini amat menarik perhatian ku . Sekali lagi akan berkerjesama dengan pencipta Cinta & Airmata.  Masih melankolik tetapi ianya akan berbeza dari segi susunan muzik. Insyaallah akan lahir single ini sebelum hilangnya 2013.

Thursday, September 5, 2013

CINTA & AIR MATA ASMARA LUNA


Alhamdulillah, Akhirnya penantian untuk menyaksikan single saya "cinta & airmata" menghiasi papan tv asmara luna tercapai, syukur sekali lagi kerana penerimaan hasil karya yang dibuat dengan teliti dan penuh kesabaran akhirnya berbaloi. kepada pengarah drama, bro jinggo thanks memberi kepercayaan ke atas lagu ini dan kepada pencipta lagu ini, yes !! you are the best!!! im just deliver as a singer ... buat cikgu siti hajar, tunjuk ajar , bebelan dan pujian cikgu membuat saya menghargai setiap ilmu yang diberi... walaupun saya rasa bagai masih di kaki gunung untuk mendaki banyak lapisan lagi untuk ke puncak... Insyaallah akan tampil dengan lebih produk yang bermutu & berkualiti.....!! thanks semua......bahrain

Thursday, January 3, 2013

SALAM 2013 untuk ke gapai bintang

Alhamdulillah, kembali kita menyambut tahun yang baru dan memasuki gerbang 2013 pula, sudah tertutup pintu 2012 untuk kita meminda semua yang telah kita lakukan, tak mengapa 2013 mungkin akan menjadikan kita lebih baik dari tahun yang sebelumnya.

Insyaallah, inginku kembali aktif melalui kegiatan alunan suara ku setelah menyepi dalam tahun 2012, syukur ke hadrat ilahi kerana 2 lagu diangkat untuk menjadi lagu tema 2 drama bersiri. CAHAYA KASIH ada menjadi lagu tema untuk drama bersiri " Cinta Adam Dan Hawa" yang akan di layarkan di RTM  manakala lagu " Cinta & airmata" Akan menghiasi sebuah drama bersiri waktu oerdana jam 9 mlm di TV3,


Termakasih buat penerbit yang menerima kehadiran lagu ku untuk drama beliau. Aku tahu berapa sukar untuk menembusi pasaran drama malaysia.. Mungkin rezeki ku di bidang ini kembali menyinar di tahun 2013. Insyaallah aku akan kembali berkarya dengan lagu yang lebih baik... amin

Thursday, December 13, 2012

Cerita Bola sepak Harimau Malaya

Tarikh 13 Disember 2012, Akhir harimau malaya di tendang oleh gajah putih untuk berputih mata ke final tahun 2012.  Sememang nya aku bukan lah arif tentang bola sepak ini, tapi dari pengamatan yang dibuat oleh manusia biasa seperti aku, boleh aku simpulkan di sini.

1. Sistem pengadilan adalah satu yang amat menduka citakan akibat kelemahan pengadil itu sendiri, Bukan kerana kekalahan malaysia tetapi kelemahan komunikasi antara pengadil dan pembantunya. Jika di amati kesilapan kecil boleh mnejadi besar hingga di layangkan kad merah. segala gala bukti boleh di lihat di muka tv kita. betul pengadil adalah muktamad, tapi muktamad yang meragukan amat mendukacitakan.,

2. Permainan malaysia? kekecewaan aku disini adalah kerana bahagian tengah malaysia terlalu tidak berfungsi, manakah 4 orang yang diletakkan sebagai midfielder? bagaikan tiada wujud mereka membantu menggerakkan bahagia tengah. hingga mat Yo terpaksa pula merancang untuk mereka? ini adalah kelemahan paling ketara semenjak malaysia bermain dalam kejohanan ini. ini ketara bila melawan thailand di shah alam. Pentingnya malaysia mempunyai pemain tengah yang hebat untuk kembali menjulang kejayaan.

entahlah, aku sayangkan harimau malaya, tapi kita memerlukan seorang pengendali yang mempunyai skil yang bagus untuk diterapkan kepada pemain kita.. Mengaumlah harimau kembali!!!