Sunday, June 21, 2009

Happy father's day!!!!

Salam & selamat sejahtera,

Di sini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari bapa, ayah , bapak, walid dan sebagainya...

Adakah kita selalu mengingati bapa kita, kalau selama ini kita lebih meraikan hari ibu, ye betul ibu yang membesarkan kita tetapi tanpa bapa siapalah kita didunia ini? cuba fikirkan, jika hari guru, anak kecil di ajar agar memberi pelbagai jenis hadiah buat guru tapi adakah mereka diajar menghargai bapa? usah nilai pada anak-anak kecil ini, tanya pada diri kita sendiri, apa yang kita buat untuk ayah kita?

Buat arwah ayah yang tercinta, al fatihah adalah yang terbaik dari anak mu ini.. biarlah aku tidak dapat merasaikan kasihmu ketika ku meniti kedewasaan tapi kenangan manis tetap aku ingati selamanya. buat mereka yang masih mempunyai ayah hargai lah mereka ketika mereka ada di samping kita......

BAHRAIN..

No comments:

Post a Comment