Thursday, December 30, 2010

2010

Langkah-langkah yang diatur selama 365 hari ditahun 2010 hampir penghujungnya. Perkembangan karier ku amat baik selama tahun ini. Walaupun pada mulanya aku ingin berbuat apa saja untuk mempopularkan diri tetapi terfikir jugak biarlah aku mendaki sedikit demi sedikit demi kepuasan yang berkekalan.

Alhamdulillah, dua single nyanyian ku berada di ruang udara penyiaran malaysia. Kau bagai udara memberi impak besar pada ku, lagu yang simple dan catchy ini berjaya memanjat carta lagu-lagu popular dalam kebanyakan stesen radio malah melangkaui luar malaysia, singapura dan brunei. peminatku juga kini berkembang ke Philipina. Dan terkini "cinta & airmata" yang mula menunjukkan kemampuan untuk mengulangi sejarah kau bagai udara. Buat mereka yang banyak membantu saya dalam karier disepanjang tahun 2010 anda semua memang berjasa pada ku, akan ku kenang hingga ke akhir hayat...

Cuma aku agak terkilan kerana untuk melahirkan album ke 2 tidak kesampaian kerana masalah teknikal dan kekurangan sebuah sahaja lagi lagu yang amat ku perlu untuk memenuhi keseluruhan pengeluaran album ini. Insyaallah 2011 akan menamatkan penantian aku.

Dalam pekerjaan ku, nampaknya syarikat ku semakin berkembang dan semakin teguh untuk berdiri dan berlari... semua atas usaha rakan sekerja yang senantiasa bergelumang dengan airmata dan keringat untuk menegakkan dan meluruskan perjalanan tanpa ada rintangan untuk tahun mendatang. Kita, insyaallah akan berjaya!! percayalah tuhan akan membantu kita dengan usaha dan doa....

Selamat tinggal 2010........tahun ku menemui rasul ku ... aku cinta pada mu... terimakasih Allah kerana menunaikan hajatku menjadi tetamu mu....

Sunday, December 26, 2010

Coretan Cinta & Airmata

Alhamdulillah, perjuangan ku di dalam bidang ini semakin berbaloi, segala penat lelah semakin hari semakin menjadi. Tarikh 24 december 2010, aku dan lagu ku menjejak kaki ke Suria Fm buat pertama kali nya. Berkumandang lagu itu di ruang udara suria memberi aku satu lagi sejarah kerana selama ini lagu-laguku belum pernah bermain di sini. Insyaallah aku berharap "Cinta dan airmata" akan menguasai udara suriafm pula.

Dari maklumbalas peminat peminat ku, aku dapat rasakan hasil kerja ku ada yang menghargai cuma masa dan ketika nya belum menjengah untuk aku membuktikan aku bukan sekadar di pinggiran. Aku mahu buktikan aku juga boleh melebar sayap ku terbang bersama enggang -enggang di ruang angkasa raya. Sebenar nya aku mempunyai matlamat lebih dari itu... ini menjadi garuda terbang bersama sama merentasi senatero alam ini.... insyaallah... tuhan yang menentukan... aku akan terus berusaha... amin.

Wednesday, December 8, 2010

Salam MAAL HIJRAH

Maal Hijrah 1432 baru saja menebarkan sayapnya untuk membawa ku terbang bersama untuk ke layari masa hadapan untuk ke sekian tahun. Tidak ku tahu apakah akan berlaku untuk tahun ini? Yang pasti apa yang ingin ku lakukan adalah memperbaiki diri ini lebih baik dari tirai 1431. Ada 3 perkara yang perlu aku buat untuk 1432 ini:

1. Meningkatkan permainan seni ku ini untuk lebih berjaya tanpa ku melupakan nilai nilai yang baik untuk ku hidangkan buat semua yang menyokong ku.

2. Memperkembangkan lagi perniagaan ku agar lebih berjaya. Tahun lepas sedikit sebanyak memberi aku sedikit udara untuk bernafas dengan limpahan rezeki darimu ya rabbi.

3. Menunaikan rukun ke lima jika mendapat panggilan mu yang Allah. Insyaalllah ingin ku bersama ibu ku ke tanah suci melengkapkan kewajipan ku pada mu. Aku rindu rasul mu dan tanah suci. Perkenankanlah hajat ku ya allah.

Jauhkan aku dari segala keburukan yang membuat aku lupa akan mu dan jauhkan aku dari leka dengan kenikmatan dunia dan sifat yang keji. Aku tahu aku terlalu lemah untuk menjauhi kezaliman syaitan dan aku terlalu lemah keimanan.. temani ku selama perjalanan ku ini sebelum aku bertemu mu satu hari nanti..... aku takut....

Sunday, November 14, 2010

Cinta & airmata ....akhirnya!!!

Akhirnya 13 nov 2010 lahir lah "cinta & airmata" di corong radio muzikfm buat pertama kalinya setelah amat payah untuk menyiapkan lagu ini. Keringat, tangisan dan kecintaan ku berikan penuh perhatian untuk kelahiran lagu ini.

Apakah ertinya kandungan lagu ini buat ku? dari baris-baris lirik nya adalah seperti sepasang kekasih yang tidak dapat dipisahkan, yang mana dia lah kekasihnya seumur hidup... memang benar begitu...inilah jiwa yang aku berikan nafas untuk ku lagukan lirik liriknya... ianya bukan kekasih biasa... tetapi inilah apa yang kurasa bila ku melewati makam rasul ku di madinah. Hanya dia kekasih kita yang boleh memberi panduan didunia dan diakhirat. Ku jiwai lagu ini dengan penuh rasa cinta dan sayang pada rasullullah yang akan kekal selamanya.

"Sayu lagumu iring hati ku, waktu berjalan hanya diriku , lirih bisikan mu, lembut pelukan hanya tinggal kenangan bagiku". rangkap ini sebenarnya mengingatkan aku berselawat padamu, seperti ku terasa bisikan dan pelukanmu ya rasul pada ku insan yang penuh dosa bila melawatimu makammu, dengan izin allah aku bertemu mu disana di kota mu madinah. Alangkah sebak hatiku mengenang kan aku selama tidak mencintai dan mengikut sunnah dan ajaranmu...

Sepi menari menemani ku, airmata tak henti rindu ku, hanya ada aku, tanpa diri mu, kan ku simpan cinta ku padamu" Itu perasan yang wujud bila kita berada di depan makammu. biarpun engkau ya rasul telah lama meninggalkan aku 1400 tahun yang lalu, memang terasa kerinduan dan terasa engkau berada di depan umatmu ini... cinta ku pada mu memang mula menjalarkan dalam diri...

"Biarkanlah kujalani hidup tanpa ada cinta, kerna cinta hanyalah dirimu , hanyalah dirimu, kau lah cinta dan airmataku". Begitu rasanya andai ku dapat berada di zaman mu , kecintaan para sahabat dahulu mungkin lebih lagi dari kami yang tidak mengenali mu ya Rasul, Insyaallah hari demi hari Allah membuka pintu hati ku untuk mencintai mu ya Rasul. Insya allah aku akan melawat mu lagi di kota mu, madinah.... dengan izin allah. Ya allah terimakasih memberi seorang manusia hebat menjadi panduan buat kami...

Lagu ini mempunyai makna yang lebih mendalam buatku, sepatutnya sesebuah lagu tidak lama penyiapannya.. tetapi lagu ni mengalami resah gelisahnya hingga ada saja halangan untuk memyempurnakannya.. Baru ku sedari bahawa lagu ini adalah perasaan ku untuk mu yang rasul.. lantas penyiarannya juga rupa kena pada harinya , tak ku sangka ia berjaya disiarkan di corong radio pada menjelang aidil adha... ya allah rupanya ianya bersesuai untuk kelahirannya... aku redha....... ada hikmah nya....

Cinta & Airmata adalah interpretasi ku pada junjungan ku, namun setiap insan ada maksudnya tersendiri, lagu ku ini sesuai untuk pasangan bercinta atau kepada orang tua kita..insyaallah...

Sunday, November 7, 2010

BANJIR & BANJIR

Melewati akhir tahun 2010, banyak kejadian yang meragut nyawa, harta dan alam sekitar kita. Bersyukur kita dilahirkan di tanah air yang tiada gempa, tiada gunung berapi dan tiada peperangan. Namun kita juga tidak sunyi dengan bencana yang memerlukan kita memberikan sedikit harta kita untuk mereka yang memerlukannya. Saudara saudara kita di Kedah, Perlis & Kelantan kini sedang menghadapi bencana alam yang sekian tahun akan dialami. Tetapi tahun ini ianya lebih buruk dan tak terbayang oleh saudara saudara kita terutama di Kedah Dan Perlis.

Andainya aku berada di situasi itu, tiada dapat ku gambarkan di benak fikiran ku, selama ini ku bina segala harta, kini lenyap ditenggelami air yang rakus selama beberapa hari. Tiada dapat ku bayangkan aku akan kehilangan barangan yang bernilai dan sebagainya. Memang nyawa lebih berharga tetapi untuk memulakan kehidupan baru dengan harta benda yang telah rosak amat membuat diri sesiapa sahaja tertekan. Melainkan kita memang dikurniakan Ilahi sebagai jutawan.. Rata rata penduduk di sana dalam lingkungan yang sederhana. Dapat saya bayangkan kepayahan dan keperitan yang bakal di lalui.

Jesteru, itu saya dengan rendah hati menyeru rakan rakan ku dan fans ku agar dapat sedikit kita menyalurkan bantuan buat mereka. sekurang kurang nya RM 1 pun sudah mencukupi asalkan ianya ikhlas. Pasti Ilahi akan membalas keikhlasan kita...... JOM dERMA & SEDEKAH sekurang kurang RM 1 untuk mereka yang menghadapi banjir. Bayangkan jika jika peminat saya hanya 20,000 orang, sudah tentu RM 20,000 akan terkumpul sekurang kurangnya....

Bayangkan jika kita mendapat bantuan kewangan semasa kita kesusahan...... tentu kita bersyukur....... JOM derma.!!!! melalui apa sahaja saluran... MAYBANK, CIMB atau mana mana tabung yang ada...

Ingat lah hari kita susah pasti kita memerlukan pertolongan....!!!!

Tuesday, October 19, 2010

CINTA DAN AIR MATA : Di balik tabir

Dikala lagu "Kau Bagai Udara" mula hilang taringnya di persada saingan lagu lagu popular Malaysia, aku sudah bersedia untuk kembali bersaing dengan hasil tangan terbaru " Cinta dan Airmata" . Sebuah lagu yang dipilih dari sejumlah lagu yang diperdengarkan kepada santapan halwa pendengaranku. Bermula dengan memperdengarkan kepada teman teman untuk aku memilih sesuatu yang berbeza dari genre muzik aku sebelum ini.

sememangnya lagu ini amat berbeza dari alunan muzik aku sebelum ini cuma ciri ciri terapan rock itu tetap ada.. Bagi ku inilah rock klasik dengan sentuhan moden. Dengan membariskan mereka yang popular dan hebat , aku berharap "cinta dan airmata" akan dapat membahang sehingga membakar hebat persada nyanyian ini.

Sentuhan kumpulan sixth sense, dengan "live instrument" di bawah kendalian abg Eddie Marzuki ( memang hebat), Teringat abg eddie kata kau nyanyi penuh perasaan hahahhha.., Sentuhan gitar utama dari jay pretty ugly dan diadun oleh pemenang AIM sdr Amir Sulaiman dan dimaster oleh abg Fauzi Marzuki serta penampilan Khas Cikgu Siti Hajar....apa yang nak ku khabarkan , inilah antara hasil terbaik aku setakat ini.

Telah kuperdengarkan "product" akhirnya kepada beberapa teman teman , raeksi amat positif dan mengujakan. Insyallah dalam waktu terdekat akan ku layarkan lagu ku ke udara untuk sehirupan keenakan alunan suara cikgu siti hajar dan keasyikan gesekan biola.

Kerna di lagu inilah Cinta dan airmata ku di layangkan. Bukan sedikit waktu menyiapkannya, selama 4 bulan baru lagu ini dapat disiapkan sepenuhnya.....Untuk mereka yang masih meminati "kau Bagai Udara" insyaalllah ianya kan kucalonkan untuk mUzik Muzik 2011... dan juga lagu terbaru ini.....CINTAAAAAAA & AIRMATAAAAAA......

Tuesday, October 5, 2010

Selamat Ulang Tahun Buat Ibu Tercinta

Tanggal 6 oktober adalah tarikh lahir ibu tercinta. Kami sekeluarga meraikannya malam tadi agar emak terus bergembira dengan kehadiran kami semua. Riuh pikuk anak anak saudara membuat aku kekadang teringin kembali ke zaman kanak kanak ku. Zaman itu emak seorang yang garang dan sering memarahi kami.. ini adalah akibat dari kedegilan kami....

Itu dahulu, kini emak adalah tempat kami mencurah kasih dan berkongsi masalah. Saban tahun emak semakin lanjut usianya dan alhamdulillah Allah memberi kesihatan yang baik buat emak. Mungkin di tahun tahun yang mendatang aku berazam untuk menunaikan fardhu haji bersama emak. Emak sudah mengerjakannya lebih 15 tahun yang lalu. Insyallah dengan keazaman yang kuat dan keizinan dari Ilahi akan ku jejak kaki ku ke tanah suci bukan atas nama umrah lagi tetapi menunaikan rukun 5 kita iaitu HAJI....

Insyallah... buat emak semoga Allah terus merahmati dan memberi keimanan buat mu....

Wednesday, September 22, 2010

Salam Lebaran..

Masuk hari ke 13 syawal, lewat aku mengemaskini anjung blog aku ini, Yang utamanya aku ingin menyatukan tangan kanan dan kiri ku untuk memohon kemaafan buat semua yang mengenali diri ini kerana tiadalah insan yang tidak melakukan kesilapan. Aku tentunya tidak terkecuali. Mohon Maaf zahir dan batin..

Syawal semakin hari semakin kurang serinya bagi ku berbanding ramadhan yang lebih bermakna dari tahun ke tahun. Mungkin usia mematangkan aku bahawa hanya bekalan sebungkus kecil tidak cukup untuk ku bawa bersama untuk andai bertemu ilahi kelak. Ianya memerlukan bekalan yang melimpah ruah buat kita dan buat orang yang kita sayangi dan saudara ku sekalian. Ramadhan adalah untuk ku mengumpul segala bekalan agar aku tidak kerugian kelak mengemis belas kasihan dari orang lain di sana kelak.

Syawal ku gunakan sepenuhnya untuk ku melutut memohon keampunan dari ibu tercinta, kakak dan abang ku diatas kertelanjuran kata, ketinggian suara dan kesilapan laku. Buat ayah doa ku iringkan doa agar rohnya terus dirahmati ilahi. Buat kawan kawan ku, mungkin kita tidak bertemu beraya bersama tapi ingatan tetap mekar di hati. Biasalah mereka beraya bersama keluarga tercinta juga...sama seperti ku.....


semoga ku bertemu ramadhan dan syawal lagi tahun tahun mendatang.....

Selamat hari Raya aidil fitri!!!!

Monday, August 30, 2010

MERDEKA 53!

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laungan keramat pada tahun 1957 di hari yang sama ketika ini. Mungkin mereka yang melaungkannya di Stadium Merdeka telah ramai yang telah kembali menemui yang Esa. Tapi laungan keramat itu terus melangkahi masa sehingga kita merasainya kini. Di saat 53 tahun yang lalu, merdeka ini bagai kan satu ikatan yang mengeratkan semua rakyat tanah melayu. Bayangkan kita semua ingin bebas jesteru itu kita perlu bersatu. Nyah semua halangan dan semua perasaan dengki asalkan kita merdeka.....

Kini kita tetap meraikan hari ingatan datok nenek kita yang bersusah payah melalui zaman kegelapan tanah air kita ini. Di mana ubi menjadi peneman periuk, ketakutan dan kesusahan menjadi mainan tidor dan kehidupan seharian. Cuma kita sebagai penghuni kini, tidak melalui zaman itu. Syukur Alhamdulillah, Cuma terkilan di hati kini, ku lihat suasana keharmonian negara ku MALAYSIA semakin menemui keretakan yang amat menggerunkan. Ianya berpunca dengan mereka yang ingin berkuasa dan inginkan kekayaan.. Persetan dengan keharmonian negara , yang penting kuasa dan kaya!!! realitinya umumnya kami sebagai rakyat senantiasa mengamalkan keharmonian sesama kaum. Ya, mungkin kita tak dapat lari dari melayu dengan melayu, cina dengan cina, india dengan india, .... ini adalah lumrah kehidupan manusia dimana kita dibesarkan, di situ wujud perasaan kekitaan dan kesatuan kita. Terimalah dengan hati yang rela.. tapi hakikatnya kami senantiasa menjalinkan hubungan antara kaum dengan mesra tanpa mencurigai antara kami. Malah ianya menjadi satu keistemewaan Malaysia di mana kita semua sebagai rakyat Malaysia yang harmoni.

Keharmonian ini selalu dipropaganda dan diprovokasikan untuk mendapatkan kuasa dan kekayaan. Suara kecil kami takkan dapat memecahkan perpaduan kerana kami mahu hidup bersama dengan aman, gelak ketawa dan jual niaga. Cuma mereka yang berpengaruh boleh mengubah keharmonian kita, Cuba fikirkan... jika mereka yang berpolitik boleh membina negara dengan jalinan kerjasama yang baik.. tegur jika silap dan bantu jika lemah...bukannya cuba memecah belahkan umum dengan pelbagai taktik, jatuh menjatuhkan, dengki mendengki kerana ingin merebut Kuasa!!!!!! Ingatlah kita tak mahu hidup dalam ketakutan siang dan malam, hari ke hari, tahun ke tahun dimasa hadapan jika keharmonian tergadai.. Jangan sudah terlajak baru ingin bersatu...... semua sudah musnah susah membina semula...

Aku ingin kan MALAYSIA yang harmoni selamanya.....

Thursday, August 26, 2010

Mengenali Al Quran

Sempena hari nuzul quran hari ini, tersentuh hati ini bila mengetahui al- Quran telah di turunkan lebih 1044 tahun yang lalu. Bermakna terpisahnya aku dengan rasulullah juga dalam tempoh tersebut. Telah lama baginda meninggalkan umatnya tapi satu naskah kalam Allah nyata berada di depan mata kita. Tapi diri ini hanya tahu membaca tanpa mengetahui maknanya.

Hanya selepas aku melawati makam rasulullah dan rumah Allah di mekah, aku kini mula cuba memahami makna yang tersirat di kitab mu ya Allah. Beri kan aku kekuatan untuk terus membaca dan memberi aku petunjuk mu. Aku tahu kesilapan dan engkar perintah mu itu selalu aku lakukan dan aku percaya engkau akan membuka pintu hati aku untuk menerima rahmat mu.

Mungkin di negara ini mengangkat al-Quran sebegitu tinggi sehinggakan kami merasakan al-Quran itu hanya untuk bacaan eksklusif. Namun kesilapan pandangan itu gugur kerana aku melihat mereka di tanah suci mu membacanya seperti bahan bacaan yang komersil. Alangkah indahnya jika terdapat umat islam di negara ku ini membaca al quran sebagaimana mereka membaca naskah yang lain. Mungkin al-Quran tafsiran dalam bahasa seharian ku, perlu di keluarkan dalam bentuk cerita yang lebih menarik agar ramai mengetahui maksud yang tersirat disertakan dengan kisah kisah sejarah islam terdahulu hingga kini dengan gaya bahasa yang lebih catchy.. Aku pasti Al quran akan meresap ke dalam naluri kita semua dengan lebih cepat. Insyaallah.....

Ya allah indahnya kalam mu....
Akan ku tunggu saat itu.......

Tuesday, August 24, 2010

Selangkah meniti Usia...

Syukur alhamdulillah , usia ku selangkah lagi meniti kehidupan. Bersama ramadhan ke 14 ini aku bukan lagu seusia muda remaja. Aku mula mencongak kematangan aku dalam menjalani kehidupan ini. Allah senantiasa memberi aku nikmat yang tak terhingga, cuma diri ini yang selalu lupa untuk mensyukuri pemberian itu. Peluang yang kau beri padaku menziarahi tanah suci mu, menerbitkan rasa keinsafan dalam diri ini. Aku bukan orang yang besar untuk menyombong diri di dunia mu ini.. aku hanya sekecil hama yang bongkak melangkah tanpa mengetahui senantiasa ada ciptaan mu mengekori ku kiri dan kanan yang mencatat segala apa yang aku lakukan...

Tahun ini aku rasakan ramai insan yang mengambil berat diriku berbanding tahun tahun dahulu... terimakasih teman teman sekalian...sedikit kasih mereka akan ku balas dengan lebih besar lagi.....mengjangkau usia ku ini aku berazam untuk berbakti membela mereka yang kekurangan dengan apa yang aku terdaya. Insya allah.... rezeki yang diberi oleh ilahi bukan hanya untuk diriku sahaja.....Kepada teman teman.... terimakasih yang tak terhingga

Monday, August 16, 2010

Kau Bagai Udara II

Kau Bagai Udara bagi ku. Sejarah lalu mungkin tak semanis Kau Bagai Udara. Dengan menyinggahi tahta ke tiga dalam muzikfm carta popular setakat ini bagaikan satu permulaan yang sangat aku nantikan. Mungkin agak sukar untuk mendominasi puncak carta kerna bukan calang calang nama yang dipahat di sana.

Mungkin kehadiran ku di carta ini juga menjadi tanda tangan siapa empunya nama Bahrain yang secara tetiba mendaki carta sedikit demi sedikit. Namun itu bukan halangan buat mereka mengundi aku untuk bersama sama menuju puncak yang amat payah untuk di daki.

Satu lagi matlamat aku untuk menakluki ruang udara radio stesyen popular tanah air. Mungkin Kau Bagai Udara tiada kekuatan ke arah itu namun aku berasa yakin ada lagu ku akan mendominasi carta lagu mereka dalam masa terdekat. Dan aku juga yakin lagu aku yang lain pasti akan menyusul membentuk empayar BAHRAIN.

Kau Bagai Udara memang membuat ku bernafas lega.... uhhhhhhhh aaaaaaaaaa... SYUKUR PADA YANG ESA

Wednesday, August 11, 2010

SALAM RAMADHAN

Kesekian tahunnya, ramadhan kembali menjengah ke alam hidup ini. Alhamdulillah aku masih dapat menikmati kehadirannya. Ramadhan memberi seluas luasnya ruang ibadat yang tiada dibulan yang lain dengan pahala kebaikannya juga tidak ternilai. Namun sebagai insan yang lemah dan tewas dengan sedikit cobaan, menjadikan ramadhan bulan yang paling penting untuk membersihkan segala kotoran dosa yang lalu.

Ramadhan tahun ini adalah ramadhan ketiga tarikh lahir ku di sambut di waktu kita masih berpuasa... alhamdulillah berkesempatan memohon segala dari ilahi di hari ulang tahun ku dahulu dan yang akan datang. Sebolehnya aku berhasrat untuk mengerjakan terawih berjemaah sebulan penuh... namun hasrat itu tidak pernah tercapai sehingga hari ini. insyaallah aku akan terus berusaha ke arah itu..

Semoga dengan ramadhan mendakapi kita sekarang, aku akan dapat merasai kehangatan ramadhan bersama ibu dan keluarga tercinta. Buat arwah ayah, alfatihah... ingatan berpuasa dengan ayah menjadi ingatan sepanjang hayat...

Thursday, August 5, 2010

Menyusuri Laluan ke Puncak!!!!!


Masih ku ingat ketika aku mula dipelawa untuk merakamkan suara ku untuk di jadikan bahan sejarah di waktu tua ku. Kelahiran album pertamaku bukan satu jalan yang mudah dan aku boleh tersenyum bangga. Begitu banyak tangan tangan menarik aku ke belakang dan haluan kapal pelayaranku belayar tanpa arah di lautan gelap untuk ku ke pulau jaya. Namun bukan itu yang aku ingin kisahkan dalam epilog cerita ku ini.


Atas nasihat dan kehendak minda ku, aku perlu lebih bersedia menghadapi perang yang akan aku hadapi di medan seni ini. Aku perlu memperkasakan vokal ku dahulu sebelum aku menjalani kehidupan studio. Ketika itu nama Siti Hajar (Cikgu) masih lagi hijau di kala Akademi fantasia masih lagi baru di alam kaca di tv. Aku masih ingat ketika aku mula menelefon cikgu untuk aku mengikut kelas vokalnya. Pertama kali aku mendengar suara nya terbayang aku cikgu siti seorang serius orangnya. Hingga lah aku mengikut kelas pertama dan bertemu secara terus dengan insan yang dinamakan siti hajar ini. "Kamu boleh menyanyi tetapi penafasan an teknik nyanyian belum ada pada kamu". Maka bermulalah pembelajaran ku dengan tiga perkara yang asas dalam teknik penafasan dan vokal iaitu "Hishing", "Tonning" dan "Bubling".
Perjalanan pembelajaran ku tidak mengikut jadual asas kerana aku perlu menjalani kerja rutin ku. Hari ke hari aku mula faham akan teknik teknik nyanyian walaupun belum lagi menjadi mahir. Kemahiran itu datang dari latihan yang berpanjangan dan berterusan. Pernah ku bertanya kepada cikgu " Saya tak ada vokal yang hebat?" Ini lah jawapan cikgu ku " Semua orang mempunyai suara yang sedap, vokal yang hebat tanpa penghayatan dalam penyampaian, kita takkan berjaya menjadi penyampai cerita berlagu ini, Ingat!!! paku orang dari mula kamu mengeluarkan suara dibaris pertama nyanyian kamu, dan buat seikhlas hati dan enjoy ur performance".


Aku pernah menyatakan hasrat ku kepada cikgu, "Cikgu saya nak cikgu berduet dengan saya dalam sebuah lagu saya satu hari nanti", Nah , tuhan menjelmakan impian saya setelah bertahun-tahun ku menunggu, terhasilnya "Cinta & Airmata", dengan gaya duet yang amat berbeza dan mungkin pertama di tanah air ku. Ku bersyukur Cikgu bersetuju bersama saya untuk lagu ini. Dan inilah lagu komersil pertama cikgu Siti Hajar di aliran lagu semasa. Aku amat terhutang budi dengan cikgu atas kesudian nya walaupun aku hanya insan kerdil yang masih merangkak mencipta sesuatu yang hebat. Itulah Cikgu Siti Hajar, insan yang senantiasa memberi aku dorongan dan galakkan semangat untuk aku berjuang di lembah seni ini agar aku mendaki gunung kejayaan dan memahat nama ku di puncak..AKU BAHRAIN!!! Terimakasih CIKGU!!!!!! Semoga tuhan memberkati hidup kita dan semua muslimin dan muslimat....

Tuesday, July 27, 2010

Kota Singa oh kota singa!!!!











Salam,



Kota singa memberi impak yang besar dalam karier aku sebagai seorang penyanyi. Tanggal 25 julai adalah kali keempat ku merentasi sempadan dari negara harimau ke kota singa. Kepuasan memang dapat aku nikmati ketika lagu ku "kau Bagai udara" di ingati oleh warga kota ini dari mereka yang kecil hingga ke pak cik yang menegur ku sebelum persembahan bermula. Sambutan apatah lagi, untuk aku yang hanya sehelai daun yang baru mula melebar dan menghijau. Kehadiran ku di kota singa sedikit sebanyak memberi aku keyakinan di mana ada usaha dan ruang, gunakan dengan sebaik mungkin kerna tidak semestinya kita harus berjaya di laman kita sendiri. Kekadang terasa aku lebih dihargai di ruang lain berbanding di kamar ku sendiri. Apa pun semua itu ketentuan yang esa untuk aku......



Keduanya, Kota singa telah mengeratkan siraturrahim ikatan kekeluargaan kami semula. Setelah sekian lama terpisah tanpa ke mengenali wajah-wajah sepupu sepupu ku yang berwarga negarakan kota singa, hubungan kembali terjalin apabila aku muncul di layar tv Singapura tempoh hari. Kini, kami semakin kerap berhubungan antara dua keluarga. Alhamdulillah dan syukur ku panjat buat mu ya allah. Tanpa ku sangka mereka masih menyimpan foto arwah ayah semasa masih di alam mudanya..... tak sangka ayahku lebih kacak dari ku,......al fatihah.....

Tuesday, July 20, 2010

Di Sebalik "Kau Bagai Udara"

"Kau bagai udara bagi ku, dirimu ku perlu, di dada sentiasa untuk bernafas mudah"
bait bait yang tertulis menggambarkan betapa perlunya aku untuk menempatkan
nama ku di daerah mereka yang mempunyai nama nama besar. Aku bersyukur kepada
ilahi yang memberikan aku ilham untu bekerjasama dengan seorang insan bernama
Neves.

"Kau bagai udara" mula ku dengari pada akhir tahun 2009, ianya dibuat khas atas permintaan
aku untuk mempunyai sebuah lagu yang mudah, ringkas dan menggoncang anggota badan
semua peminat atau bakal peminat ku. Dari hanya sekumpulan bunyi-bunyian dan irama ianya di suntik dengan lirik yang sebetulnya memang apa yang aku ingin zahirkan dengan seribu makna.

Kini, setelah hampir lima bulan "Kau bagai udara" berterbangan di ruang maya menyelinap
ke ruang gegendang pendengar, Hasilnya mula berguguran untuk ku kumpul dalam raga kekuatan aku. Ku bersyukur "kau bagai udara" memberi aku seberkas udara untuk aku bernafas kembali dan untuk ku berlari dan mendaki mendekati mereka yang berada di gunung kejayaan.

Aku masih kurang mengerti atau mungkin aku bukan insan yang berjenama hebat untuk ku
menyelinap masuk ke radio radio popular. Tetapi aku yakin satu hari aku pasti berada di puncak atau mungkin terbang meninggalkan mereka di bawah. I believe i can fly.... dengan kau bagai udara berada di puncak 5 terbaik di kebanyakan corong corong radio aku percaya satu hari corong corong radio popular tidak akan meminggirkan usaha ku. Aku bukan menyalahkan mereka, mungkin aku kurang menyakinkan jesteru aku mesti berusaha untuk membuka semua ruang agar mudah ke berjalan, berlari dan terbang. Namun disebalik itu, diluar sana insan-insan yang tidak ku kenali kini menjadi teman-teman terbaik yang menghargai dan terus memberi aku tiupan semangat dan menyokong ku membina sayap impian.

Kau bagai udara akan membuat kejutan tidak lama lagi dengan versi barunya................ku harap aku membawa jenama Bahrain sehebat wonder girl melakukannya....... impian atau mimpian?

Thursday, June 24, 2010

CINTA DAN AIR MATA

Sayu lagu mu iring hati ku,
Waktu berjalan hanya diriku,
Lirih Bisikanmu,
Lembut Pelukan mu,
Hanya tinggal kenangan bagiku,

Sepi menari menemani ku,
Air mata tak henti rinduku,
Hanya ada aku,
Tanpa dirimu,
Kan ku simpan cintaku untukmu,

Biarkanlah ku jalani hidup
tanpa ada cinta
kerna cinta hanya lah dirimu

Kau lah cinta dan air mata ku,
hanyalah dirimu
aku cinta kepada diri mu
Aku cinta mu,

Aku jatuh cinta pada mu,
Kau lah cinta terakhir ku
oh....

Monday, June 21, 2010

Selamat Hari Bapa!!!

Kehadiran insan yang dipanggil ayah, bapak, walid dan sebagainya selalu dihargai selepas ketiadaan mereka di bumi allah ini. Insan yang bernama ibu selalunya dilebihkan kerana mereka lebih dekat dengan kita. Ini lah hakikat yang perlu kita terima.

Sebagai lelaki, kita bakal menjadi insan yang bakal menjadi bapa. Apakah kita ingin perkara ini berterusan. Sebagai lelaki kebiasaannya kita menjadi ketua keluarga yang akan mengurus dan memimpin insan yang bergelar isteri dan anak anak. Memang kesibukan kerja melalikan kita kepada anak anak. Tetapi terfikirkah kita bahawa kita perlu mendampingi mereka denga lebih mesra seperti mana kita memerlukan bapa kita mendampingi kita semasa kita masih berlari nakal dahulu.? Jika tiada perubahan dalam kita mencurah kemesraan dan kasih sayang buat anak anak kita maka sejarah lembaran silam kita akan terus bersambungan dan anak anak akan tetap terus mendakapi ibu lebih dari kita yang bernama BAPA!!!........ Buat ayah ku, Alfatihah dan doa ku senantiasa mengiringi mu. Aku tidak dapat memberi kasih sayang ku buatmu dan membalas jasa jasa mu..... semoga roh mu dicucuri rahmat ilahi....

Wednesday, June 16, 2010

Syukur alhamdulillah....

Syukur alhamdullillah, Sudah genap sebulan kepulangan dari tanah suci mekah. Masih terbayang kehebatan dan bauan wangi kelambu kaabah ketika aku mendakap dinding kaabah mu ya allah. Alhamdulillah, kau telah menerima sebahagian doa doa ku padamu ya rabbi.

Kerisauan hambamu pada kehilangan suara mula reda dan kau telah mengembalikan nya semula. Syukur ya rabbi syukur, syukur, alhamdulillah....!

Apakah permintaan dan doa hambamu ini diperkenan oleh mu ya allah??

Friday, June 11, 2010

FIFA WORLD CUP!!!

In few minutes, kick-start of the one and only game that unite human all over the world will bang!!! I have a dream to be in one of the match one day, for sure not in South Africa!!! But at least im here in front of screen to see all matches that played by other countries except my beloved country MALAYSIA.... All malaysian said that we will be in world cup one day. may be its true but for me let us dream of that, as dream in a sweet dreams. Its almost unreachable and imposibble....

May i will see Malaysian team in one of the world cup group when im not have a chance to inhale any air to breath in this world anymore. So lets enjoy this great event frens.... for me i ve got to choices to be a champion!!!! no 1. Brazil (even the team almost fill up with new players they got great skills, for them football is thier life) no 2. Spain ( of course my 2nd family country).

So how about u?.....

Chioa!!!!

Sunday, June 6, 2010

Aku dan Cita cita.....


Bermulanya aku menghadirkan diri dipersada dan gelanggang seni sudah ku rasa akan bahang permainan yang bakal ku lalui. Halangan dan penipuan itu hadir dikala kita leka mengejar bayang yang belum pasti kan kita dakap. Aku gagal memperjuangkan kehadiran ku di tapak pertama walaupun ada sedikit sinar menyuluh jalan ku... Aku ingin mengundur diri tapi suara kedua ku terus mendesak agar terus berusaha walau tinggi mana gunung ku redah, walau dalam mana lautan hitam didasarnya harus ku renang.


Kini ku rasa cahaya purnama hampir bertukar sinaran mentari....cerahnya kian membahang, mungkin yang ESA telah memperkenankan permohonan ku di waktu ku sujud di kaki kaabah. Dikala ku bertemu rasul mu di bumi madinah... besar sungguh agama mu untuk ku... hanya kau sahaja tempat aku bergantung harap.


Kini usaha ku telah mula berbuah walau pun belum ranumnya dan belum rangupnya, Namum dalam ku melangkah ini, langkah ku hanya di hargai oleh mereka yang diluar lingkungan aku berlindung.... Buat mereka yang menghargai ku, semoga dengan sinar kaabah ku harap kalian semua akan dijemput untuk menghadirkan jasad melihat keagungan pencipta kita, menterjemahkan rasa rohani kita hidup disana, merasai pelukan rasul kita yang kita lupa selama ini... Buat mereka yang masih tidak mahu aku hadir di dunia mereka, aku bukan insan yang akan melutut lemah menadah kasih, aku akan ke terus berkarya.... Insyaallah aku tahu satu hari sejaring peluang akan ku tuai dan akan ku buktikan aku bukan sekadar dipinggiran atau lemah oleh lekehan keramat oleh mereka yang dipanggil insan. Namun, kita dari asal yang sama aku tetap mengharapkan pencipta kita terus merahmati kita buat selamanya....... Amin.....

Tuesday, May 18, 2010

AlhamdulillaH!

Setelah 2 minggu mengasingkan diri untuk menjadi tetamu yang mencipta, membuat betapa aku sedar kita hanya insan kecil yang banyak meminta dari membuat apa yang di pinta kita lakukan,. Aku akui kita hanya insan yang teramat lemah untuk di mainkan oleh nafsu dan di pandukan oleh makhluk api yang senantiasa cuba menggoda iman kita. Ya allah , pasti aku akan menjadi tetamu mu lagi , berilah peluang lagi dan lagi dan lagi........

Amin>.

Sunday, April 11, 2010

ME & MY TOUR!!!!


Salam,

So, 3rd April 2010 - Joined Jom Ke Felda program with MuzikFM @ Felda Palong, Gemas, N9, It was great event with big stage and big crowd, Unfortunately..... heavy rain at early show........


10 April 2010 - Promotion tour for my new single " Kau Bagai Udara" @ terminal One , seremban, N9...... we got team , pretty ugly and mimie haris !!!!! Successs!!!!!


Next....... tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu


Bahrain

Wednesday, March 31, 2010

APRIL

April adalah bulan yang selalunya dipermainkan oleh mereka yang remaja sebagai mana aku jalani usia remaja ku, Perkataan april fool hampir saban tahun kami tungu terutamanya kepada hostelier..... best!!!! but now perubahan ke zaman yang lebih matang mengajak aku lebih mendekati pendekatan yang lebih bermakna: april 2010 ada dua perkara penting dalam diari perjalanan ku :

1. Single terbaru Kau Bagai Udara akan mula diputarkan di stesyen radio malaysia, Dengan izinNya aku berharap kan single ini akan memberi sinar yang cerah untuk aku melangkah gagah di persada seni ini yang semakin goyang....Untuk semua yang memberi peluang terimakasih atas kerjasama semua.

2. 28 April adalah hari keselamatan dan kesihatan pekerjaan sedunia (OSH world Day)..Masih aku kecewa kerana tanggungjawab aku sebagai antara insan yang menyebarkan maklumat keselamatan belum berjaya meraih perhatian 1malaysia betapa pentingnya keselamatan dan kesihatan kita dalam bidang pekerjaan atau dimana sahaja.. Tanyalah berkaitan Akta keselamatan dan Kesihatan pekerjaan 1994 kepada para rakyat malaysia, kebanyakan tidak mengetahui akan hal ini... maka perlulah aku mengerah keringat agar kesejahteraan para pekerja boleh di beri perhatian oleh majikan yang memberi kerja kepada mereka. INGAT MEMBERI KEJA BERMAKNA MEMBERI PELUANG UNTUK KEMALANGAN!!!!! JIKA TIADA KESEDARAN KKP!!!!

Selamat menyambut OSH WORLD DAY!!!!

Thursday, February 25, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI MAULIDURASUL

Salam buat semua,

Ingin ku ucapkan sama sama kita mengingati maulidur rasul. Ku pohon ke hadrat ilahi agar aku dapat mengikuti segala contoh kebaikan yang ditunjukkan oleh rasul agung muhammad s.a.w.Ku tahu diri ini masih jauh dari jalan yang benar tapi ku berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari..!!! Tunjukkan ku jalan yang diredhai mu, ya allah.... amin..

Bahrain

Sunday, February 21, 2010

Kau Bagai Udara MTV

To all my dear frens,

Watch my new MTV "Kau Bagai Udara" here in my blog soon. I would like to deliver my appreaciation for muzik fm to make my new single very happening in radio. Anyway, my new single was sent to all malaysian radio such as HOTfm, ERAfm, Suriafm, Xfm and Others...So wait and see .... Kau bagai Udara will explore and explode!!!!! boom!!!!!

Thursday, February 11, 2010

Happy Chinese New Year!!!

Hi,

I would to wish to all my chinese frens ' happy celebrating a chinese new year" and hope the tiger year will bring u all hapinesss and wellness and hope our friendship will last forever!!!!

GONG XI FA CHAI!!!!!!!!


Dam dam dum bunyi mercun, dong dong che... bunyi gendang tarian singa........

BAHRAIN....

Monday, February 1, 2010

"Kau bagai Udara" My new Single
















Hi Frens!...



Just finished my new single " Kau Bagi Udara" (Your My Breath). will released soon to malaysian market.... check out this single by NEVES (Pretty ugly)..... Here im attached the photoshoot for single cover!!!

Sunday, January 3, 2010

NEW MTV - AKU HARAP DIA

To all My frens,

Just released my new MTV " Aku Harap Dia" . This song as 1st single for my 2nd album.... ENJOY!!!!! so catch up the MTV at youtube .... channel : 2ubahrain

http://www.youtube.com/watch?v=zV_ZmAmcP38

Bahrain loves u all.....