Thursday, August 5, 2010

Menyusuri Laluan ke Puncak!!!!!


Masih ku ingat ketika aku mula dipelawa untuk merakamkan suara ku untuk di jadikan bahan sejarah di waktu tua ku. Kelahiran album pertamaku bukan satu jalan yang mudah dan aku boleh tersenyum bangga. Begitu banyak tangan tangan menarik aku ke belakang dan haluan kapal pelayaranku belayar tanpa arah di lautan gelap untuk ku ke pulau jaya. Namun bukan itu yang aku ingin kisahkan dalam epilog cerita ku ini.


Atas nasihat dan kehendak minda ku, aku perlu lebih bersedia menghadapi perang yang akan aku hadapi di medan seni ini. Aku perlu memperkasakan vokal ku dahulu sebelum aku menjalani kehidupan studio. Ketika itu nama Siti Hajar (Cikgu) masih lagi hijau di kala Akademi fantasia masih lagi baru di alam kaca di tv. Aku masih ingat ketika aku mula menelefon cikgu untuk aku mengikut kelas vokalnya. Pertama kali aku mendengar suara nya terbayang aku cikgu siti seorang serius orangnya. Hingga lah aku mengikut kelas pertama dan bertemu secara terus dengan insan yang dinamakan siti hajar ini. "Kamu boleh menyanyi tetapi penafasan an teknik nyanyian belum ada pada kamu". Maka bermulalah pembelajaran ku dengan tiga perkara yang asas dalam teknik penafasan dan vokal iaitu "Hishing", "Tonning" dan "Bubling".
Perjalanan pembelajaran ku tidak mengikut jadual asas kerana aku perlu menjalani kerja rutin ku. Hari ke hari aku mula faham akan teknik teknik nyanyian walaupun belum lagi menjadi mahir. Kemahiran itu datang dari latihan yang berpanjangan dan berterusan. Pernah ku bertanya kepada cikgu " Saya tak ada vokal yang hebat?" Ini lah jawapan cikgu ku " Semua orang mempunyai suara yang sedap, vokal yang hebat tanpa penghayatan dalam penyampaian, kita takkan berjaya menjadi penyampai cerita berlagu ini, Ingat!!! paku orang dari mula kamu mengeluarkan suara dibaris pertama nyanyian kamu, dan buat seikhlas hati dan enjoy ur performance".


Aku pernah menyatakan hasrat ku kepada cikgu, "Cikgu saya nak cikgu berduet dengan saya dalam sebuah lagu saya satu hari nanti", Nah , tuhan menjelmakan impian saya setelah bertahun-tahun ku menunggu, terhasilnya "Cinta & Airmata", dengan gaya duet yang amat berbeza dan mungkin pertama di tanah air ku. Ku bersyukur Cikgu bersetuju bersama saya untuk lagu ini. Dan inilah lagu komersil pertama cikgu Siti Hajar di aliran lagu semasa. Aku amat terhutang budi dengan cikgu atas kesudian nya walaupun aku hanya insan kerdil yang masih merangkak mencipta sesuatu yang hebat. Itulah Cikgu Siti Hajar, insan yang senantiasa memberi aku dorongan dan galakkan semangat untuk aku berjuang di lembah seni ini agar aku mendaki gunung kejayaan dan memahat nama ku di puncak..AKU BAHRAIN!!! Terimakasih CIKGU!!!!!! Semoga tuhan memberkati hidup kita dan semua muslimin dan muslimat....

No comments:

Post a Comment