Monday, August 30, 2010

MERDEKA 53!

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laungan keramat pada tahun 1957 di hari yang sama ketika ini. Mungkin mereka yang melaungkannya di Stadium Merdeka telah ramai yang telah kembali menemui yang Esa. Tapi laungan keramat itu terus melangkahi masa sehingga kita merasainya kini. Di saat 53 tahun yang lalu, merdeka ini bagai kan satu ikatan yang mengeratkan semua rakyat tanah melayu. Bayangkan kita semua ingin bebas jesteru itu kita perlu bersatu. Nyah semua halangan dan semua perasaan dengki asalkan kita merdeka.....

Kini kita tetap meraikan hari ingatan datok nenek kita yang bersusah payah melalui zaman kegelapan tanah air kita ini. Di mana ubi menjadi peneman periuk, ketakutan dan kesusahan menjadi mainan tidor dan kehidupan seharian. Cuma kita sebagai penghuni kini, tidak melalui zaman itu. Syukur Alhamdulillah, Cuma terkilan di hati kini, ku lihat suasana keharmonian negara ku MALAYSIA semakin menemui keretakan yang amat menggerunkan. Ianya berpunca dengan mereka yang ingin berkuasa dan inginkan kekayaan.. Persetan dengan keharmonian negara , yang penting kuasa dan kaya!!! realitinya umumnya kami sebagai rakyat senantiasa mengamalkan keharmonian sesama kaum. Ya, mungkin kita tak dapat lari dari melayu dengan melayu, cina dengan cina, india dengan india, .... ini adalah lumrah kehidupan manusia dimana kita dibesarkan, di situ wujud perasaan kekitaan dan kesatuan kita. Terimalah dengan hati yang rela.. tapi hakikatnya kami senantiasa menjalinkan hubungan antara kaum dengan mesra tanpa mencurigai antara kami. Malah ianya menjadi satu keistemewaan Malaysia di mana kita semua sebagai rakyat Malaysia yang harmoni.

Keharmonian ini selalu dipropaganda dan diprovokasikan untuk mendapatkan kuasa dan kekayaan. Suara kecil kami takkan dapat memecahkan perpaduan kerana kami mahu hidup bersama dengan aman, gelak ketawa dan jual niaga. Cuma mereka yang berpengaruh boleh mengubah keharmonian kita, Cuba fikirkan... jika mereka yang berpolitik boleh membina negara dengan jalinan kerjasama yang baik.. tegur jika silap dan bantu jika lemah...bukannya cuba memecah belahkan umum dengan pelbagai taktik, jatuh menjatuhkan, dengki mendengki kerana ingin merebut Kuasa!!!!!! Ingatlah kita tak mahu hidup dalam ketakutan siang dan malam, hari ke hari, tahun ke tahun dimasa hadapan jika keharmonian tergadai.. Jangan sudah terlajak baru ingin bersatu...... semua sudah musnah susah membina semula...

Aku ingin kan MALAYSIA yang harmoni selamanya.....

No comments:

Post a Comment