Alhamdulillah,
Dua buah lagu saya Kau Bagai Udara
dan Sayang Aku Rindu mula mendapat tempat bila ianya menjadi lagu tema untuk
Drama Bersiri Kau Aku Kita di TV3,
KAU BAGAI UDARA
Ramai yang mula menyedari akan lagu
ini bila ianya bermain di Drama Kau Kau Aku Kita. Terimaksih atas komen yang
diberikan, ramai yang berkata Video Klip Lagu tu tidak memuaskan. YA, Betul,
saya akui, Saya membuat VC itu hanya untuk meletakkan lagu itu di Youtube.
Janji Ada.Saya memang tiada perancangan untuk membuat KLIP yang baru. Cukup
seadanya, yang penting lagu saya dapat menghiburkan anda semua.
Lagu Kau Bagai Udara mula dirakam kan sekitar Tahun 2009. Dan mula berlegar distesyen radio RTM seluruh Malaysia di Awal tahun 2010. Alhamdulillah penerimaan pada masa itu memuaskan sehingga menduduki Top 5 di kebanyakan Stesyen Radio RTM, kemudian lagu itu berkembang ke Brunei Darul Salam. THR gegar juga memainkan lagu ini dengan hebat juga di stesyen mereka.
Dan Lagu Kau Bagai Udara membawa
saya muncul LIVE di Kaca TV Singapore - dalam rancangan JUS dan juga
muncul di media cetak di Singapore. Selepas itu lagu ini mula melabuh
tirai mengakhiri perjuangan dalam saingan industri muzik.
SAYANG AKU RINDU
Setelah drama bersiri Asmara Luna -
dengan lagu saya Cinta Dan Airmata mula mendapat tempat pada tahun 2013, saya
mula mendiamkan diri. Pada pemikiran saya, kalau nak muncul mesti dengan lagu yang sedap didengar. Setelah menunggu selama setahun akhirnya, apa yang saya
hendak untuk lagu baru saya muncul, 2014, Lagu Sayang Aku Rindu ini mula
dilakukan pembikinan nya. Dan selepas hari raya Aidil Fitri 2015 Lagu ini
siap sepenuhnya. Dan Saya sangat berpuashati sepanjang pembikinan lagu ini.
Pada mulanya lagu ini bertajuk
" Rindu Setengah Mati" akhirnya saya menukarkan tajuk nya kepada
"Sayang Aku Rindu" untuk mengelakkan kekeliruan dengan lagu lain yang
seakan sama tajuknya. ketika lagu ini belum lagi menjengah ke Stesyen Radio
peminat KAU AKU KITA dapat mendengarnya terlebih dahulu.
Itulah serba sedikit sejarah lagu
untuk drama "KAU AKU KITA". Kini siapa sangka (saya pun tak
sangka) lagu yang dahulunya (5 tahun lepas) kembali disukai.
Alhamdulillah. Peluang dari pihak JS Pictures banyak membantu
mengembangkan kerjaya saya. Bagi saya cukup orang mengenali hasil kerja dan
lagu BAHRAIN RAHMAN. Inshaallah saya kan terus berada di sini bersama lagu
lagu saya seterusnya.
sedap lagu awak.. cuma takut tengok mata awak.. sangat tajam ...
ReplyDelete