Saturday, February 12, 2011

MUZIK MUZIK 26

Tanggal 9 feb 2011 adalah tarikh aku membuat penampilan pertama di arena muzik muzik tv3 ke 26. Kau bagai udara menjadi taruhan pertama aku sebagai lagu ku untuk ku sembahkan buat penonton rancangan hiburan popular ini. Dengan penampilan artis artis lain seperti Kak Ramlah Ram, Ibnor riza, Tomok, Erni, Mila, nubhan, rini, dayang, semua nya nama-nama yang hebat berbanding aku yang hanya baru setapak melangkah ke dunia seni ini. Pengalaman sedikit bukan lah alasan untuk aku mengalah. Memang sebelum aku melangkah ke pentas itu, ku tanamkan keyakinan, aku boleh dan aku akan enjoy dengan persembahan aku..

Alhamdulilah , selesai persembahan waluapun masih bergelut dengan vokal yang masih belum pulih 100% , aku dapat menyelesaikan persembahan aku seperti yang aku rancang... aku hanya berpuas hati hanya 70% sahaja..

Bermula aku terpacak ditengah pentas, ku lihat wajah wajah mereka yang hadir di rakaman siaran ini kelihatan kebingungan dan penuh pertanyaan.. " siapa penyanyi ni" , "lagu apa" , namun aku terus memberi senyuman, bila bermula nya irama ku... ku lihat wajah mereka mula berubah seiring muzik kau bagai udara. Terima kasih kepada semua yang menonton dan bertepuk sorak bersama ku, Ku harap kalian semua enjoy dengan persembahan ku tadi.....insyallah kalian juga yang akan menyokong aku untuk terus ku ke udara... Terimakasih tak terhingga.......

2 comments:

  1. Lagu Kau Bagai Udara memang sedap :)
    Cayalah..harap teruskan usaha!! :)

    ReplyDelete
  2. sempat tgok bahrain kat tv3 hari tu....
    mmg rmai g knal bahrain lagi....
    tapi kna kja kuat lagi...
    xpopular pun xper..
    janji org sedar kewujudan mu

    ReplyDelete